Nilai Cintanya

Aku tidak pernah merelakan perpisahan ini. Bertahun hatiku berdarah... bukan sedikit pedih yang menyula... bukan sedikit bisa yang menyengit rasa. Racunnya, satu... satu membunuh tiap rindu yang menyapa... tiap duka yang mendera. Kekasih... telah aku kuburkan kenangan cinta kita bersama nisan dan air mata, telah kutaburkan di atasnya dengan harum wangi kemboja. Pergilah... aku reda kau hilang di mata dan di hatiku...

Yuhana
Kenapa kau yang memiliki segalanya.. kenapa dia yang menjadi pilihannya sedangkan aku yang terlebih dahulu mengenali dirinya.. tidak aku izinkan kau bahagia bersama dia kerana aku yang lebih berhak ke atas dirinya.

Yuhanis
Tidak pernah terlintas di hati ku untuk merampas dia dari mu... bukan aku yang memilihnya tapi aku yang menjadi pilihannya. Tergamaknya kau hancurkan impianku, masakan tidak ada perasan kasih di hati mu... kerana aku ini darah dagingmu sendiri. Aku terima, aku redha dengan takdir yang sudah tertulis untukku... dia bukan milikku lagi. Masih ada insan yang sudi menjadikan aku istimewa di hatinya... Aku bukan perampas dan aku tidak ingin menjadi perampas. Tidak mudah untuk aku menerimanya kembali kerana di hatiku sudah ada dia... anak kecil mu itu darah daging ku jua, akan kukasihi dia dengan sepenuh hati ku..

Amirul
Aku terlalu menyayangi dirimu... sejak kali pertama aku terpandang wajahmu, hati ku berdetik, kaulah yang bakal menjadi suri hatiku. Tidak kupinta begini jadinya cerita cinta kita... tidak pernah terlintas di fikiranku walau sebesar zarah pun bahawa aku akan mengkhianati cinta kita. Maafkan aku sayang... aku akan selalu menyayangi dirimu.

Ikhwan
Biar kurawat luka di hati mu... biar ku ukir senyuman di bibir mu. Lupakan kenangan lalu... lupakan kepahitan yang hanya menjerat dirimu. Aku sentiasa di sini, di sisi mu... akan kukasihi dirimu dengan sepenuh hatiku. Tidak akan kuizinkan hatimu disakiti lagi... Sayang, kita ditakdirkan untuk bersama melalui hari-hari duka dan bahagia..