Permata Asmara

Apakah dia harus terus berkorban dan mengalah, hanya kerana seorang sahabat yang tidak pernah mengerti, seorang teman yang hanya punya rasa cemburu dan iri hati. Lalu untuk kasihnya yang satu ini, dia tidak ingin mengalah. Cukuplah... sejarah tidak mungkin terus berulang. Biar direbut, biar dipertahankan sebuah kisah cinta yang terlalu unggul di hatinya.. Adam, demi kasih kita, tidak kuizinkan dia merampas kebahagiaan ku...



Nurin Sabrina
Aku pernah kecewa dan terluka, kerana seorang sahabat aku sering mengundur diri tapi sampai bila harus kukorbankan perasaanku, kebahagiaanku hanya untuk seorang sahabat yang tidak pernah mahu mengerti.. apa lagi mahu memahami perasaanku. Rasa iri mu terlalu menebal... rasa yang membuatkan kau sanggup merosakkan hubungan kita tapi tidak kali ini... akan kupertahankan kasih yang tersemat di hati ini. Aku aku perjuangkan dia yang sewajarnya menjadi milikku. Maafkan aku teman.. aku tidak ingin kecewa dan kehilangan lagi. Aku terlalu menyayangi dirinya...

Azlinda
Kenapa kau yang sering menjadi pilihan? Kenapa aku pula yang sering dipinggirkan? Apa isimewanya dirimu hingga mereka lupa akan kewujudan diriku di sisimu. Maafkan aku, tidak akan kuizinkan kau berbahagia bersama mereka selagi hati dan perasaan ku terus terdera... selagi aku tidak bahagia, kau juga tidak akan bahagia..

Eric
Wajahmu, senyumanmu sering mengejar langkahku.. kau gadis yang sederhana tapi cukup istimewa. Salam yang kuhulur tidak kau endahkan tapi aku tidak akan mengalah, itu bukan sifatku. Aku sayang padamu.. aku mahu membina kebahagiaan bersamamu. Biar apa pun rintangan, aku akan pastikan kau menjadi milikku... tapi ternyata halangan yang terbentang terlalu berat untuk diterima. Aku hampir tewas... tersungkur ke tanah sebelum sempat aku perjuangkan perasaan ku ini....