Dewi - 11

           “SUKALAH tu, dapat berbual dengan buah hati.”
           “Teruk betul Kau ni, harap-harap Dia tak dengar.”
           “Apa salahnya kalau Dia dengar... biar Dia tahu, pompuan kat depan Aku ni dah gila bayang.”
           Terkekeh-kekeh Adiputra ketawa, apa lagi melihat wajah Dewi yang merona merah. Sempat Dia menjerit sebentar tadi. ‘Juan ! Dewi miss You.’ Tapi Dewi terlebih dahulu menekup telefon bimbitnya.
            “Sampai bila Kau nak berahsia ?”
            “Rahsia apa ?”
           “Jangan nak kelentong Dewi.. Aku tahu perasaan Kau pada Juan. Bukannya baru sehari dua Aku kenal Kau.. sejak lahir, balik-balik muka Kau juga yang Aku tengok. Aku tahu Kau sayangkan Dia.”
            Dewi menggeleng perlahan.
           “Kau serkap jarang Adi.”
           “Aku tak pakai serkap.. tapi Aku baca fikiran Kau dari air muka Kau.”
           Dewi tergelak.
           “Kenapa tak berterus-terang, Kau sendiri yang cakap.. Kau tengok Dia dah lain macam dengan Kau.”
           “Tak mungkin Adi. Aku perempuan, masakan Aku yang memulakan.. lagi pun Juan tu playboy. Setiap kali Aku terserempak Dia dan perempuan... perempuannya setiasa bertukar. Dia tu mata keranjang.. pantang nampak perempuan cantik dan seksi.”
           “Itu apa yang Kau lihat... hati Dia mana Kau tahu.”
           “Tapi... Aku tak yakin. Tak mungkin Dia nakkan Aku. Aku ni bukannya taste Dia.”
          “Dewi ! Kau tak faham diri lelaki.... memang sesetangah lelaki macam Juan tu. Dia memang suka berkawan dengan ramai perempuan.. yang seksi dan cantik tentu sekali, boleh dibawa ke mana-mana, ditayangkan pada kawan-kawan tapi yang satu... yang hendak dijadikan isteri akan dipilih di antara gadis-gadis yang dikenalinya. Yang terbaik untuk menjadi isterinya.”
          “Pandai je Kau cakap.. Kau tak kenal Dia. Bolehlah Kau cakap macam tu. Kalau Kau jumpa Dia... tentu Kau tak benarkan Aku berkawan dengan Dia.”
          Adiputra hanya tersenyum.
         “Dewi ! Kalau Kau tak tunggu Juan.. kenapa sampai sekarang Kau masih tak terima Pian. Apa kurangnya lelaki itu jika hendak dibandingkan dengan Juan.. Dah lama Kau kenal Dia, takkan Kau tak boleh bezakan yang mana yang terbaik untuk Kau.”
          Dewi Karmila tersenyum kelat, pandangannya dilepaskan ke laut lepas. Benar.. Sofian lelaki yang baik, antara yang terbaik. Segala-galanya ada pada diri Sofian.. kacak orangnya. Punya kedudukan.. punya kemewahan tapi satu kekurangannya. Walaupun satu... sudah cukup untuk Dia menolak lelaki itu dari terus bertapak di hatinya.
         “Kau tengok tu Dewi.”
         “Apa ?”
         “Lelaki yang pakai motor tu.”
         Hatinya tersentap... lelaki yang ditunjukkan oleh Sofian sedang memandu motosikal yang bertayar empat, motosikal yang direka khas untuk orang-orang cacat, yang tak mampu bergerak kerana kecacatan di bahagian kaki.
         “Kenapa ?”
        “Kesian kan... ada sesetengah mereka ni jadi macam tu kerana kemalangan. Ada juga yang dilahirkan dalam keadaan cacat begitu. Orang kata... mungkin sebab keturunan.”
         Dewi menelan liur.
         “Keluarga Aku tak ada yang cacat macam tu.. keluarga Kau pun tak ada kan.”
         Mahu saja Dia menjerit sekuat hati. Apa yang Sofian mengerti.. mereka yang berkeadaan begitu tidak pernah meminta untuk dilahirkan dalam keadaan cacat. Tidak boleh berjalan...mengharapkan belas ehsan orang lain untuk bergerak. Siapa yang mahu.. siapa yang berkehendakkan begitu. Semuanya kuasa Allah, ketentuan Allah.
         “Dewi ! Kau ingatkan siapa. Juan or Pian ?”
         Dia hanya tersenyum kelat. Cerita itu masih disimpan kemas, jauh dari pengetahuan Adiputra. Lelaki itu pasti kecewa.. pasti terluka, tidak pernah Adiputra bersungut kerana keadaan dirinya, cuma Adiputra lebih senang mengasingkan diri dari dunia luar. Terperap di dalam bilik dengan alat-alat melukisnya. Bulan lepas Dia membawa lukisan Adiputra ke sebuah galeri di Kuala Lumpur, sekadar untuk mencuba walaupun Adiputra menghalang niatnya. Ditinggalkan dua buah lukisan yang dikira paling menarik di galeri itu.. andai lukisan itu terjual, barulah Dia akan mengambil bayarannya. Dia sendiri terkejut.. belum pun seminngu, Puan Zurina sudah menghubunginya. Kedua-dua lukisan itu sudah dijual, berita gembira itu dikhabarkan pada Adiputra. Lelaki itu hanya tersenyum... tidak banggakah Adiputra dengan berita itu. Pulang ke Kuala Lumpur nanti... Dia akan membawa lukisan Adiputra ke galeri milik Puan Zurina, wanita itu yang meminta, berkali-kali mengingatkan Dia tentang lukisan untuk galerinya.
          “Dewi ! Bawakan alat melukis... Aku nak lukis permandangan di sebelah sana.”
          Pandangannya dialihkan ke arah yang ditunjukkan oleh Adiputra, tentunya si lelaki sudah terpikat pada pemandangan yang indah itu. Melukis.. itu kelebihan yang dimiliki oleh Adiputra.. tapi Dia langsung tidak berminat untuk melukis. Berjam-jam Adiputra melukis.. Dia sanggup menanti dengan buku di tangan. Adiputra melukis.. Dia membaca, itulah hobi mereka berdua. Sesekali Adiputra akan bertanya itu dan ini, dijawabnya sambil lewa... tumpuannya hanya pada buku di hadapan mata.
          “Tak nak balik lagi.. dah petang ni.”
          Kedua-duanya menoleh. Emak berdiri di sisi Dewi.
          “Kejap lagi Mak... Adi nak habiskan lukisan ni.”
         “Banyak lagi ?”
         “Sikit je Mak... nanti Adi touch up kat rumah.”
          “Mak penat ke ?” Soal Dewi sambil merenung wajah tua seorang Ibu. Wanita itu hanya tersenyum.
          “Kak Long yang tanya... anak-anak Dia dah letih mandi laut.”
           Ada keluhan yang dilepaskan. Dewi dan Adiputra berpandangan untuk seketika.
          “Kau buat je Adi.. biarkan Kak Long tu, budak-budak boleh tidur dalam khemah. Kipas pun ada... Aku dah charge malam tadi.”
          Adiputra tersenyum kelat.
          “Mak ke sana dululah ya.” Perasaan seorang Ibu tetap terusik... wanita itu menantu, satu-satunya menantu perempuan. Seburuk-buruk mana pun wanita itu.. tetap menantunya.
          “Cakap dengan Kak Long.. sekejap lagi Kita balik.” Adiputra bersuara.
          Emak hanya mengangguk, lemah longlai langkah diatur ke arah Anak sulong dan menantunya yang sedang melayan kerenah anak-anak.
          “Teruk betul Kak Long...sesekali dapat keluar macam ni nak lorat. Aku dah prepare.. khemah tu Aku beli sebelum ke sini. Kalau Aku tahu Dia nak buat hal.... tak payah ikut Kita.”
          “Kau membebel ni kenapa.. macam Mak Nenek. Mak pun tak kuat membebel macam Kau. Agaknya Kau ikut perangai Nenek... suka membebel, benda kecil macam tu pun nak kecoh.”
           Dewi mencebek.. tidak puas hatinya mengenangkan perangai Kakak Ipar yang seorang itu. Dulu sebelum berkahwin dengan Abang Long... baiknya bukan main lagi. Lepas Kahwin terus ajak Abang Long pindah rumah... nasib baik Abang Long tegas. Tanggungjawab Abang Long di rumah itu.. sebagai ketua keluarga, Abang Long tidak boleh ke mana-mana. Kak Long terpaksa menerima.. biarpun hati tidak bersetuju untuk tinggal di rumah itu bersama Ibu mertua dan adik-adik Iparnya.
         “Kau tau Dewi... kadang-kadang Aku tengok Mak termenung.. lama.. lepas tu Mak nangis. Aku pelIk.. sejak Ayah meninggal, Mak jadi wanita yang kuat.. tabah, tak pernah Mak sedih macam tu kecuali sekali... masa Mak Itam baling tudung tin, sampai berdarah kepala Kau.”
          “Mak sedih agaknya... tapi kenapa ?”
          “Entah.. Aku tak tahu. Hati orang perempuan ni susah nak dijangka.”
          “Agaknya.. Mak sedih sebab Kak Long.”
          “Itu Aku tak berani nak cakap.. setakat ni Aku nampak ok saja. Memang Kak Long tu kadang-kadang teruk, tapi dengan Mak tak pernah buat hal. Mak pun.. kalau benda kecil-kecil, Dia buat tak tahu saja.”
          “Sebab tulah Mak makan hati.. dah lama disimpan, jadi macam tu lah.”
          “Aku tak rasa sebab tu.. Aku rasa Mak rindukan Nenek.”
          Dewi terdiam.. wajah Nenek Besah terbayang di mata. Wanita yang tidak pernah menerima kehadiran mereka sekeluarga... biar begayung air mata Emak. Menerima mereka tidak mungkin sama sekali... Nenek sanggup berpatah arang dengan anak kandung sendiri hanya kerana Emak memilih untuk berkahwin dengan Ayah dan bukannya lelaki pilihan Nenek.
           “Mungkin juga.”
           “Kau rasa Nenek sihat lagi ke ?”
           “Entahlah... Aku tak pasti.”
          “Kali terakhir Kita jumpa Dia... raya tahun lepas, masa tu pun Nenek duduk saja, nak jalan dah tak larat. Kita datang pun, Dia buat dek je.. pandang muka pun tak ingin. Kalau tak kerana Pak Long dan Mak Long.. tak adanya Aku nak berlama kat rumah.”
           Terhenti tangan Adiputra.. matanya dilepaskan ke laut.
           “Kita melawat Nenek esok.”
           Dewi Karmila merenung wajah Adiputra.
          “Nak bawa Emak ?”
          “Tak payah dulu.. Kita tengok keadaan Nenek, kalau Dia terima Kita kedatangan Kita ,baru Kita fikirkan nak bawa Emak atau tak.”
          “Tapi Aku tak tahan dengan mulut Ngah Simah tu.”
          “Pedulikan.. niat Kita baik. Mungkin Nenek dah maafkan Emak tapi tak tahu macam mana nak jumpa Emak. Kita sebagai anak yang harus berusaha untuk menemukan mereka.”
           Kedua-duanya terdiam. Dalam hati Dewi Karmila mengiyakan kata-kata Adiputra. Lelaki itu sudah matang.. berfikiran terbuka dan lembut hatinya.
           Esok... Mereka akan ke rumah Nenek. Bagaimana penerimaan wanita itu dan Ngah Simah.. apakah mereka akan disindir seperti dulu.


CDD - Makan2

Sesekali dapat keluar bersama kawan-kawan untuk menjamu selera di tempat2 yang jarang dikunjungi ni memang best. Last month celebrate belated birthday Arif, Nas n Saleh di Pan Cake restoran di Pavilion.

12/5/2010  - Restoran Wadi Hadramawt di Jalan Ampang pula jadi pilihan. Kali ni boss yang nak belanja. Bila sebut pasal nasi mandi, teringat masa kat Saudi dulu. Nasi mandi memang jadi pilihan tapi sebab aku tak makan kambing, makanlah nasi mandi ayam... tapi memang best. Sedap...

Wadi Hadramawt - Waiter kat belakang tu tengah ambil order. DSA bercakap dengan dia dalam bahasa arab. We all pasang telinga ajalah.
 
Nasi mandi di Wad Hadramawt ni pun.... fuh memang sedap... lebih kurang sama aja rasanya macam makan kat Saudi. licin pinggan... yang tak pernah makan lagi pun semangat menjamu selera. Si Saleh yang tak pernah makan laban pun sibuk nak order... entah apa yang dia fikir, aku awal2 lagi dah angkat tangan... tak lalu nak minum laban, rasanya memang tak dapat diterima tekak... sudahnya dia pun tak boleh nak telan... mujurlah ada orang lain yang boleh habiskan...

Nasi mandi ayam dan kambing : Tapi bukan untuk makan sorang, boleh makan 3 orang.

Ikan goreng : Nampak macam hangus tapi bila rasa... sedap dan tak pahit pun.

Licin : Ikan dah selamat...

Apa-apa pun, aktiviti makan2 kali ni memang memuaskan hati sebab sedap makanannya... pada sesiapa yang berminat hendak mencuba nasi mandi atau pada sesiapa yang pernah makan (mungkin waktu di Madinah or Makkah dulu), anda boleh berkunjung ke Restoran Wadi Hadramawt di Jalan Ampang.

Aktiviti Hujung Minggu

Pada 9 May lalu, untuk memenuhi permintaan anak-anak walaupun masih keletihan dan banyak urusan yang perlu diselesaikan... aku bawa juga anak-anak ke Kuala Lukut untuk menyertai sepupu mereka memancing.

Dulu Along memang kurang berminat dengan aktiviti memancing tapi selepas mendengar Salehudin (sepupunya) dapat ikan pari yang besar, dia mula menunjukkan minat.

Walaupun tengah hujan, Along tetap setia dengan pancingnya... dia pakai baju hujan pakai buang yang besar, terpaksa diikat di kiri kanan dan pakai brooch kat leher. Tengah-tengah hujan lebat dan angin yang agak kuat, we all duduk di bawah pondok di Kuala Sungai, memang menyeramkan. Satu pengalaman baru untuk aku dan anak2.

Along Qayyum dan Salehudin masih setia dengan pancing mereka. orang lain dah berteduh sebab hujan. Keadaan di kawasan tu dah mula gelap.. laut pun dah tak nampak

Alhamdullillah.... dapat juga Along pancing seekor ikan gelama papan, boleh tahan juga besarnya. Basah lencun juga baju Along walaupun pakai baju hujan. Hampir jam tiga we all gerak balik ke rumah abang di Sendayan... hasil tangkapan hari tu... 2 ekor ikan gelama papan, 1 ekor anak ikat telinga gajah, first time dengar nama ikan tu dan first time juga tengok, macam ikan dalam aquarium, 1 ekor ikan bulus dan 1 lagi tak ingat la ikan apa. 
Ikan yang dah berjaya di pancing : Ikan telinga gajah dan gelama papan.

Sampai aja kat Sendayan, masing-masing dah kelaparan... lepas makan dan solat semua tertidur keletihan. Jam 6 petang baru gerak balik kat KL. Mujur juga Kak Sal bekalkan kari ikan tenggiri, tak payah susah2 nak masak. Ikan2 yang dipancing hari tu semua bawa balik ke KL. Time dinner... Along dengan bangganya cakap pada adik2... ikan ni Along tangkap... ikan fresh, memang manis dan sedap.

Baru balik.... masing2 dah bersuara, 'ma minggu depan kita pergi lagi'. Hmm... alahai... bila fikir2 memanglah enjoy tapi bab keletihan n esoknya nak kerja tu yang kena fikir banyak kali... anyway, I'm happy... anak2 enjoy their week end.

Dewi - 10

         Rizuan atur langkahnya ke arah tempat yang agak sunyi, jauh dari kebisingan yang membingitkan telinga. Hati dipaut rasa rindu pada si gadis yang jauh dari mata.
         “Assa lamualaikum.”
         “Waalaikumussalam. Hey ! Juan.. apa hal ni, tiba-tiba call Aku, kau risau Trajet kau tu ye.”
         Ceria suara Dewi mencuit hatinya. Ah.. Dewi tidakkah kau tahu, hati lelaki ni diusik kerinduan.
         “Juan! kau dengar tak ?”
        “Dengar.. saja aku nak bagi peluang kau bercakap.”
         Tawa si gadis menerpa gegendang telinganya, lunak dan menyenangkan.
         “Kau kat mana ?”
         “KLCC... baru keluar panggung.”
         “Hmm.. awek mana pula yang kau usung hari ni. Seronoklah ya... ketam dapat berjalan.”
         Dewi ketawa lagi dan Rizuan hanya mampu tersenyum. Wajah kelat Halisa terbayang di mata.
         “Kau tahu aku jumpa siapa tadi ?”
         “Kau tak cakap, mana aku tahu. Tak kuasa aku nak jadi Pak Nujum.”
         “Aku jumpa Syida dan Pian, baru keluar panggung..”
         “Iya.. Alhamdulillah.”
          Hah.. tidak menjadi idea yang datang secara spontan itu, bukannya riaksi cemburu yang diterima tapi sebaliknya.
         “Aku memang suka kalau Syida pilih Pian, dia orang tu memang sepadan.”
         Ah.. Dewi, hati kau pada siapa sebenarnya, lelaki mana lagi yang memaut hati mu hingga kau menolak lelaki sekacak dan sebaik Sofian.
         “Siapa tu ?”
          Dia mendengar suara seorang lelaki di hujung talian.
          “Juan !”
          “Sampaikan salam aku kat dia.”
          “Dewi !” Hati dijentik rasa cemburu.. siapakah lelaki itu.
          “Sorry Juan..” Gadis itu masih ketawa.
          “Ada orang kirim salam pada kau.”
          “Siapa ?” Debar di dada semakin menyakitkan.
          “Nama dia Adiputra.. satu-satunya lelaki di dalam hidup aku.” Tawa si gadis terasa menyakitkan. Duummmm bagaikan detuman mercun yang meletupkan hatinya. Dewi sudah punya pilihan hati.. lelaki yang sebentar tadi tadi didengar suaranya. Adiputra itu namanya.
          “Juan ! Kau dengar tak.. kalau nak berangan janga call aku.”
         “Aku dengar ..” Dia kegugupan.
          “Hmm.. apa hal sebenarnya ni ?”
          Mahu saja dia menjerit... aku rindukan kau Dewi tapi kau lukakan hati aku. Di sana, kau bersuka ria dengan lelaki lain, di sini aku keresahan merindui diri kau.
         “Aku.. aku...”
         “Apa ni.. cakap jelah.”
         “Kau di mana ni ?”
         “Berkelah dengan family aku.. kau dengar tak bunyi tu.”
          Dia memasang telinga. Ombak... apakah Dewi berada di tepi pantai bersama keluarganya.
          “Kau di tepi pantai.”
           “Hmm... thanks Juan. Kalau kau tak pinjamkan Trajet tu, tak dapatlah aku keluar dengan keluarga aku macam ni. Adi tu payah sikit.... kalau dengan kancil aku, tak boleh bawa dia.”
           Siapa Adiputra sebenarnya ? Kenapa pula Dewi memerlukan kereta yang besar untuk Adiputra. Apakah yang diinginkan oleh lelaki itu dari Dewi Karmila.. kemewahan ? Kesenangan ?
          “Juan ! Kau ni tak ada kerja lain, asyik berangan.”
           “Aku ada kat sini.. bila kau balik ?”
           “Baru satu hari aku kat sini.. kau dah tanya bila nak balik. Apa punya kawan.. bagilah masa aku enjoy dengan family aku. Adi ni... bila aku balik, baru dia nampak dunia luar.”
            Siapa Adiputra dalam hidup Dewi ? Soalan itu juga yang mengganggu benaknya. Kenapa Dewi begitu mengambil berat tentang Adiputra. Tawa si gadis kembali bergema.. tawa dek kerana kata-kata si lelaki di seberang sana tapi telingnya gagal menangkap apakah yang disebut oleh lelaki itu.
            “Ok.. Juan. Adi ni pantang tengok aku bergayut kat phone.. kalau tak kacau tak sah. Kau jangan risau.. Trajet kau sihat walafiat.. dua hari lagi aku balik. Kancil aku tu jaga elok-elok tau. Juan ! Kau dengar tak ?”
            “Dengar.”
           “Apasal kau ni macam tak ada mood je.”
           Benar Dewi.. kegembiraan aku sudah dibawa terbang oleh suara si lelaki yang bersama dengan mu.
          “Ok... Juan. Assalamulaikum.”
          “Waalaikumussalam.”
           Dia kehampaan. Benar-benar hampa.. rindunya melaut untuk si gadis seberang di sana , jauh di di utara tanah air, si gadis sedang bergembira bersama keluarganya dan lelaki bernama Adi. Siapa Adiputra. Lagi-lagi persoalan itu juga yang mengganggu fikirannya.