Showing posts with label Satu Perjalanan. Show all posts
Showing posts with label Satu Perjalanan. Show all posts

Tidak Kesampaian

Di pagi hening ini, teringat kesunyian senja yang lalu... berduyun-duyun manusia menuju ke satu arah tanpa sabar untuk sampai, seumpama mengejar sesuatu yang dijanji oleh penjaga gedung. Tanpa ke arah seluruh umat Islam menuju ke Arafah pada 8 Zulhijjah untuk berwukuf pada 9 Zulhijjah.

Doktor... esok wukuf kan... sapa seorang insan lemah.
Betul, esok wukuf... jawab Doktor Sahar.

Doktor, saya rasa sihat dah ni.... saya rasa saya boleh wukuf esok...
Insyaallah, pujuk Doktor Sahar.

Disemak-semak senarai pemergian ke Arafah oleh Doktor Sahar, betul makcik, mereka akan bawa makcik esok...
Syukur!! jauh di sudut hatinya gembira dengan jawapan itu.

Menjelang Dhuha pasukan akhir lawatan Hospital Arab menghampiri makcik yang kerinduan...
Insyaallah makcik, sabarlah...
Insyaallah  doktor... jawab makcik yang disahkan mengidap akut leukaemia dan menerima kemoterapi.

Selesai solat zohor dan khutbah Arafah, telefon berdering... Malaysian Doktor, please come and see this cancel lady... she said... doktor... sya nak berwukuf... saya nak berwukuf... tolong saya doktor, saya ingin berwukuf sambil tangannya erat memegang tangan Doktor pakar Hospitar Al-Noor. Rupa-rupanya namanya digugurkan dari di bawa ke Arafah kerana terlalu lemah, walau jiwanya kuat.

Sesampai di Hospital Al-Noor, Dr Sahar terus melulu kepada makcik ini...
Doktor... doktor... tolong saya, bawaaaa sayaaaa.... saya ingin ke... Arafah, saya hen... dah ke Arafah... Arafah...
Tersentak jiwa Doktor Sahar, lalu beliau membuat panggilan kepada Pengarah.
Pengarah, ada jemaah hendak juga wukuf... dia terlalu lemah...

Arahan diberi kepada Doktor Sahar... bawa makcik ke Arafah..

Baik makcik... saya bawa makcik ke Arafah.
Makcik cium tangan doktor... terima kasih dok... tor, ter.. ma kasih. Sambil mengalir air mata kerinduan. Seorang kekasih ALLAH yang rindu untuk berwukuf. Nampak dia gagahkan diri...

Doktor.. izinkan saya wudu' dan dia mengenakan telekungnya lalu kembali ke katil sambil memegang telefon untuk memaklumakan suaminya tentang kegembiraan beliau untuk berwukuf bersama Dr Sahar.

ALLAH maha kaya... ALLAH maha pengasih... ALLAH maha penyayang... air mata membasahi pipi.
Dr Sahar... sebaik lengkap berihram dan berwudhu...

Makcik hati mulia menemui Rabul jalil dengan hasrat berwukuf...
Innalillahuwainnailaihirajiun,,,,, pada lepas sore 9 Zulhijjah..

Tidak kesampaian untuk berwukuf
Untuk berwukuf bersama umat Islam....
Al-Fatihah kepada makcik itu...


Hasil nukilan : Dr Mohd Noh.


Ketika aku menerima tugasan untuk membaca salah satu dari tiga hasil nukilan Dr Mohd Noh ini, hati ku tertanya-tanya apa agaknya yang akan dibaca. Sebaik tiba giliran ku, dada ku semakin berdebar. Aku akan membaca sesuatu yang belum pernah aku lihat atau hayati di hadapan rakan2 setugas... sebuah cerita pendek ...


Kutarik nafas panjang2 dan aku memulakan, satu persatu perkataan aku sebut, aku hayati... menggigil tanganku tatkala aku membacakan baris2 ayat apabila makcik bersuara... keadaan di keliling di ruang sotoh menjadi hening... masing2 mendengar apa yang aku bacakan...


Hampir mengalir air mataku... suara ku juga berubah nada, sebak.. hati siapa yang tidak tersentuh... setiap insan yang menjejakkan kaki di tanah suci ingin berwukuf.. begitu juga dengan makcik... tapi hasratnya tidak kesampaian... aku habiskan juga bacaan ku... ternyata apa yang tertulis bukan sahaja menyentuh hati ku... tapi hati rakan2 yang turut sama menghayati cerita pendek dan padat ini...


Terima kasih untuk Dr Mat Noh.. kertas yang tertulis cerita pendek ini masih ada dalam simpananku.

Makkah Al Mukaramah - 3


Di hadapan Restoran Pizza Hut


Di hadapan kedai minyak wangi Sadiq


Bersama jemaah dari negara lain



Di hadapan Masjidil Haram


Bersama Lyn dan Kak Adilah



Dalam ambulance


Bersama sebahagian dari kakitangan hospital sebelum berangkat ke Jeddah


Di hadapan Masjidil Haram, selepas mengerjakan tawaf wida


Di dalam flight MAS, berangkat pulang ke Malaysia.

Makkah Al Mukaramah - 2


Perjalanan ke jamrah untuk melontar (tahalul awal) sekitar jam 1:00 Am


Mina


Mina - Berada di Mina lebih dari separuh malam


Mina : Bersama Kak Gayah


Bersiap sedia untuk bergerak untuk melontar (Tahalul Thani). Bersama Kak Salina dan Kak Zul



Di hadapan Jamrah Aqabah



Di hadapan Masjidil Haram, selesai mengerjakan tawaf dan saie haji


Makkah Al Mukaramah - 1


Di hadapan Hospital Aziziah bersama petugas hospital


Mina - lawatan sebelum tibanya hari wukuf




Hujan lebat menyebabkan jalan raya di hadapan Hospital Aziziah yang menuju ke Mina di penuhi air.


Arafah - Bertemu semula dengan Sr Anizah dan Kak Jie


Arafah - Bersama Sr Anizah, Lyn


Arafah - Bertemu dengan Dr Nik. Dah bersedia untuk berangkat dari Arafah.


Di dalam bas yang akan bergerak ke Muzdalifah. Bas berhenti seketika di Muzdalifah sebelum meneruskan perjalanan ke Aziziah


Madinah Al Munawarah - 2


Bersama salah seorang dri petugas di PRM , Sr Anizah.


Khunafak : Sejenis pencuci mulut yang sedap.


Nasi Mandi : Menjamu selera dengan nasi mandi berlaukkan ayam.. FUHH Sedap.


Kenduri nasi mandi, terima kasih Dr Nik Azizah sebab belanja nasi mandi sebelum saya berangkat ke kota Makkah Al Mukaramah.


Bersama Sr Anizah sebelum berangkat ke Makkah , dah berpakaian ihram. Berangkat ke Makkah bersama jemaah haji KT 29, Bas No 3.


Dr Nik Azizah, salah seorang doktor yang bertugas di PRM. My room mate kat PRM.

Madinah Al Munawarah - 1


Jabal Uhud
Jabal Uhud yang kelihatan bewarna kemerah-merahan ini merupakan bukit yang terpanjang di Madinah dengan ukuran panjang dari timur ke barat lebih kurang 6 kilometer. Ia terletak di bahagian utara Madinah iaitu 5 kilometer dari kota Madinah.


Perkuburan Baki

Masjid Al-Qiblatain (Masjid Dua Kiblat)
Pada zaman Rasulullah masjid ini merupakan tempat mengerjakan solat bagi Bani Salamah. Ianya terletak di sebelah barat laut Madinah berdekatan dengan Wadi 'Aqiq dan Universiti Islam Madinah. Masjid ini diberi nama Masjid Al-Qiblatain (Masjid Dua Kiblat) bersempenan dengan perisitiwa turunnya perintah Allah agar Rasullullah menjadikan Kaabah sebagai kiblat menggantikan Baitul Maqdis.



Masjid Quba
Terletak di perkampungan Bani 'Amru ibn 'Auf iaitu kira-kira 3 kilometer dari arah selatan kota Madinah. Ia merupakan masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah tatkala Baginda selamat tiba di Madinah pada hari isnin, 12 Rabi'ul Awwal bersamaan 20 September 622M.


Masjid  Al-Sab'ah (Masjid Tujuh)
Masjid-masjid ini terletak di kawasan Jabal Sila' (Bukit Sila') iaitu di sebelah barat laut Madinah. Walaupun dikenali dengan nama Masjid Tujuh, namun kini hanya terdapat sebuah masjid sahaja di kawasan tersebut yang dikenali sebagai Masjid Al-Fath.


Masjid Nabawi, Malam.


Masjid Nabawi : Gambar diambil dari sotoh Pusat Rawatan Madinah.

Dari Malaysia Ke Madinah Al Munawarah


Bersama keluarga yang menghantar aku di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya.


Menanti waktu untuk berangkat ke Madinah dengan Saudi Airlines, baru selesai Subuh... masing-masing keletihan dan mengantuk. Sejak malam tadi tak tidur langsung.

 

Tiba di Madinah setelah lebih 8 jam berada di dalam Kapal Terbang, lenguh juga pinggang. 11:30 Pagi waktu Saudi.

 

Bangunan2 di Madinah