Tidak Kesampaian

Di pagi hening ini, teringat kesunyian senja yang lalu... berduyun-duyun manusia menuju ke satu arah tanpa sabar untuk sampai, seumpama mengejar sesuatu yang dijanji oleh penjaga gedung. Tanpa ke arah seluruh umat Islam menuju ke Arafah pada 8 Zulhijjah untuk berwukuf pada 9 Zulhijjah.

Doktor... esok wukuf kan... sapa seorang insan lemah.
Betul, esok wukuf... jawab Doktor Sahar.

Doktor, saya rasa sihat dah ni.... saya rasa saya boleh wukuf esok...
Insyaallah, pujuk Doktor Sahar.

Disemak-semak senarai pemergian ke Arafah oleh Doktor Sahar, betul makcik, mereka akan bawa makcik esok...
Syukur!! jauh di sudut hatinya gembira dengan jawapan itu.

Menjelang Dhuha pasukan akhir lawatan Hospital Arab menghampiri makcik yang kerinduan...
Insyaallah makcik, sabarlah...
Insyaallah  doktor... jawab makcik yang disahkan mengidap akut leukaemia dan menerima kemoterapi.

Selesai solat zohor dan khutbah Arafah, telefon berdering... Malaysian Doktor, please come and see this cancel lady... she said... doktor... sya nak berwukuf... saya nak berwukuf... tolong saya doktor, saya ingin berwukuf sambil tangannya erat memegang tangan Doktor pakar Hospitar Al-Noor. Rupa-rupanya namanya digugurkan dari di bawa ke Arafah kerana terlalu lemah, walau jiwanya kuat.

Sesampai di Hospital Al-Noor, Dr Sahar terus melulu kepada makcik ini...
Doktor... doktor... tolong saya, bawaaaa sayaaaa.... saya ingin ke... Arafah, saya hen... dah ke Arafah... Arafah...
Tersentak jiwa Doktor Sahar, lalu beliau membuat panggilan kepada Pengarah.
Pengarah, ada jemaah hendak juga wukuf... dia terlalu lemah...

Arahan diberi kepada Doktor Sahar... bawa makcik ke Arafah..

Baik makcik... saya bawa makcik ke Arafah.
Makcik cium tangan doktor... terima kasih dok... tor, ter.. ma kasih. Sambil mengalir air mata kerinduan. Seorang kekasih ALLAH yang rindu untuk berwukuf. Nampak dia gagahkan diri...

Doktor.. izinkan saya wudu' dan dia mengenakan telekungnya lalu kembali ke katil sambil memegang telefon untuk memaklumakan suaminya tentang kegembiraan beliau untuk berwukuf bersama Dr Sahar.

ALLAH maha kaya... ALLAH maha pengasih... ALLAH maha penyayang... air mata membasahi pipi.
Dr Sahar... sebaik lengkap berihram dan berwudhu...

Makcik hati mulia menemui Rabul jalil dengan hasrat berwukuf...
Innalillahuwainnailaihirajiun,,,,, pada lepas sore 9 Zulhijjah..

Tidak kesampaian untuk berwukuf
Untuk berwukuf bersama umat Islam....
Al-Fatihah kepada makcik itu...


Hasil nukilan : Dr Mohd Noh.


Ketika aku menerima tugasan untuk membaca salah satu dari tiga hasil nukilan Dr Mohd Noh ini, hati ku tertanya-tanya apa agaknya yang akan dibaca. Sebaik tiba giliran ku, dada ku semakin berdebar. Aku akan membaca sesuatu yang belum pernah aku lihat atau hayati di hadapan rakan2 setugas... sebuah cerita pendek ...


Kutarik nafas panjang2 dan aku memulakan, satu persatu perkataan aku sebut, aku hayati... menggigil tanganku tatkala aku membacakan baris2 ayat apabila makcik bersuara... keadaan di keliling di ruang sotoh menjadi hening... masing2 mendengar apa yang aku bacakan...


Hampir mengalir air mataku... suara ku juga berubah nada, sebak.. hati siapa yang tidak tersentuh... setiap insan yang menjejakkan kaki di tanah suci ingin berwukuf.. begitu juga dengan makcik... tapi hasratnya tidak kesampaian... aku habiskan juga bacaan ku... ternyata apa yang tertulis bukan sahaja menyentuh hati ku... tapi hati rakan2 yang turut sama menghayati cerita pendek dan padat ini...


Terima kasih untuk Dr Mat Noh.. kertas yang tertulis cerita pendek ini masih ada dalam simpananku.