Showing posts with label Karya Ku. Show all posts
Showing posts with label Karya Ku. Show all posts

Nilai Cintanya

Aku tidak pernah merelakan perpisahan ini. Bertahun hatiku berdarah... bukan sedikit pedih yang menyula... bukan sedikit bisa yang menyengit rasa. Racunnya, satu... satu membunuh tiap rindu yang menyapa... tiap duka yang mendera. Kekasih... telah aku kuburkan kenangan cinta kita bersama nisan dan air mata, telah kutaburkan di atasnya dengan harum wangi kemboja. Pergilah... aku reda kau hilang di mata dan di hatiku...

Yuhana
Kenapa kau yang memiliki segalanya.. kenapa dia yang menjadi pilihannya sedangkan aku yang terlebih dahulu mengenali dirinya.. tidak aku izinkan kau bahagia bersama dia kerana aku yang lebih berhak ke atas dirinya.

Yuhanis
Tidak pernah terlintas di hati ku untuk merampas dia dari mu... bukan aku yang memilihnya tapi aku yang menjadi pilihannya. Tergamaknya kau hancurkan impianku, masakan tidak ada perasan kasih di hati mu... kerana aku ini darah dagingmu sendiri. Aku terima, aku redha dengan takdir yang sudah tertulis untukku... dia bukan milikku lagi. Masih ada insan yang sudi menjadikan aku istimewa di hatinya... Aku bukan perampas dan aku tidak ingin menjadi perampas. Tidak mudah untuk aku menerimanya kembali kerana di hatiku sudah ada dia... anak kecil mu itu darah daging ku jua, akan kukasihi dia dengan sepenuh hati ku..

Amirul
Aku terlalu menyayangi dirimu... sejak kali pertama aku terpandang wajahmu, hati ku berdetik, kaulah yang bakal menjadi suri hatiku. Tidak kupinta begini jadinya cerita cinta kita... tidak pernah terlintas di fikiranku walau sebesar zarah pun bahawa aku akan mengkhianati cinta kita. Maafkan aku sayang... aku akan selalu menyayangi dirimu.

Ikhwan
Biar kurawat luka di hati mu... biar ku ukir senyuman di bibir mu. Lupakan kenangan lalu... lupakan kepahitan yang hanya menjerat dirimu. Aku sentiasa di sini, di sisi mu... akan kukasihi dirimu dengan sepenuh hatiku. Tidak akan kuizinkan hatimu disakiti lagi... Sayang, kita ditakdirkan untuk bersama melalui hari-hari duka dan bahagia..

Permata Asmara

Apakah dia harus terus berkorban dan mengalah, hanya kerana seorang sahabat yang tidak pernah mengerti, seorang teman yang hanya punya rasa cemburu dan iri hati. Lalu untuk kasihnya yang satu ini, dia tidak ingin mengalah. Cukuplah... sejarah tidak mungkin terus berulang. Biar direbut, biar dipertahankan sebuah kisah cinta yang terlalu unggul di hatinya.. Adam, demi kasih kita, tidak kuizinkan dia merampas kebahagiaan ku...



Nurin Sabrina
Aku pernah kecewa dan terluka, kerana seorang sahabat aku sering mengundur diri tapi sampai bila harus kukorbankan perasaanku, kebahagiaanku hanya untuk seorang sahabat yang tidak pernah mahu mengerti.. apa lagi mahu memahami perasaanku. Rasa iri mu terlalu menebal... rasa yang membuatkan kau sanggup merosakkan hubungan kita tapi tidak kali ini... akan kupertahankan kasih yang tersemat di hati ini. Aku aku perjuangkan dia yang sewajarnya menjadi milikku. Maafkan aku teman.. aku tidak ingin kecewa dan kehilangan lagi. Aku terlalu menyayangi dirinya...

Azlinda
Kenapa kau yang sering menjadi pilihan? Kenapa aku pula yang sering dipinggirkan? Apa isimewanya dirimu hingga mereka lupa akan kewujudan diriku di sisimu. Maafkan aku, tidak akan kuizinkan kau berbahagia bersama mereka selagi hati dan perasaan ku terus terdera... selagi aku tidak bahagia, kau juga tidak akan bahagia..

Eric
Wajahmu, senyumanmu sering mengejar langkahku.. kau gadis yang sederhana tapi cukup istimewa. Salam yang kuhulur tidak kau endahkan tapi aku tidak akan mengalah, itu bukan sifatku. Aku sayang padamu.. aku mahu membina kebahagiaan bersamamu. Biar apa pun rintangan, aku akan pastikan kau menjadi milikku... tapi ternyata halangan yang terbentang terlalu berat untuk diterima. Aku hampir tewas... tersungkur ke tanah sebelum sempat aku perjuangkan perasaan ku ini....

Setelah Kau Pergi




Kasih dan sayang mampu mengatasi segala rasa, mampu menggugat kesabaran dan keikhlasan lalu aku pergi membawa diri, membawa rasa cinta dan sayang ini. Sebuah pengorbanan untuk seorang wanita yang telah aku rampas kasih suaminya... maafkan aku Syakir, aku sayang pada mu tapi sayang itu tidak mampu mengatasi segala rasa istimewa yang di hati ini dia.. dia yang berhak ke atas ku.. dia yang mengajar aku apa itu kasih dan cinta.."






Athirah..
Tergamaknya aku merampas kebahagiaan kalian setelah aku kau berikan perlindungan. Dan sebelum aku menjadi manusia yang lebi kejam, aku serahkan zuriatku ini padamu agar ka dapat merasai betapa nikmatnya menjadi seorang ibu. Juga aku kembalikan suami yang aku sayangi ini buatmu. Kerana aku sudah mula dapat merasakan betapa tamaknya aku dengan kasih sayangnya...

Hisyam
Aku mencintaimu, menyayangimu dengan sepenuh hatiku. Segala-galanya berlaku tanpa sedar, bilamana gurau senda dan usikan mesra akhirnya berbungakan cinta. Demi Tuhan, aku sesungguhnya tidak mampu membuang namamu dari hatiku. Aku ingin milikimu walau dengan apa cara... kerana di hatiku ada cinta, ada kasih dan sayang yang mendalam. Namun mengapa akhirnya kau pergi meninggalkan aku dan anak kita?

Syakir
Mengapa tidak pernah walau sekalipun kau berterus-terang denganku tentang statusmu? Tentang hatimu yang telah pun dimiliki oleh insan yang bergelar suami. Aku keliru... cemburu juga sudah tidak memberikan apa-apa makna buatku. Athirah... aku tidak mampu jalani hidup ini sendirian tanpamu. Aku perlukan cintamu untuk terus hidup... untuk terus bernafas...

Bahagia Itu Miliknya

Andai inilah yang dinamakan cinta, dia pasrah. Kegagalan bercinta di alam remaja tidak bermakna ia tidak dapat disatukan lagi jika sudah tersurat memang itu jodohnya. Berkahwin dengan suami orang juga itu bukan impiannya. Namun dia akur pada ketentuan takdir. Peritnya menyandang gelaran janda, pedih lagi menanggung gelaran isteri kedua. Gelaran yang mengundang gerhana dalam hidupnya. Kerana dituduh sebagai perampas suami orang, kehidupan rumah tangganya dilitupi duka hingga hampir meragut nyawa...





Nur Aina
Aku pernah jatuh hati padanya, aku pernah menyayangi dirinya tapi tatkala dia menolak aku dari hatinya.. aku pasrah. Dia bukan untukku dan aku bukan untuknya. Namun.. Allah itu maha berkuasa, ditemukan kita dalam keadaan yang berbeza, tatkala usia mematangkan fikiran.. tatkala hati kesepian dan kerinduan. Aku terima dirimu tanpa rela namun aku sedar... kasih yang pernah tersemat di hati ini untukmu suatu waktu dulu rupanya masih berbaki.. masih ada rasanya..

Khairi
Aku sayang padamu.. aku mengerti apa yang ada di hati mu tapi keadaan tidak mengizinkan aku menerima dirimu. Aku mahu kau meneruskan pengajianmu, usia kita masih terlalu mentah... tidak akan kuzinkan kau kecundang hanya kerana sebuah cinta tatkala usia mu masih muda. Namun.. hatiku terluka dan kecewa, kau melupakan aku dan menerima dia sedangkan hatiku sentiasa mendambakan dirimu.. aku terlewat, kau hulurkan kasihmu pada si dia. Tidak pernah aku bermimpi.. aku akan bertemu dengan mu sekali lagi, pertemuan yang akhirnya menyimpul satu ikatan di antara kita.. aku sedar, tidak mudah untuk beristeri dua tapi apa yang sudah tertulis ini aku terima dengan redha kerana di hatiku masih tersimpan rasa kasih untukmu.

Amira
Pabila rasa kasih dan sayang sudah beraja di hati, aku sanggup melakukan apa sahaja asalkan kau menjadi milikku. Aku korbankan maruah dan harga diri kerana dirimu.. Tidak pernah aku kecundang dan tewas dalam apa jua perkara. Kusangka hati mu sudah menjadi milikku tapi rupa-rupanya kau masih menyimpan perasaan mu untuk orang lain. Tidak.. tidak akan kuizinkan kau bersama dia mengecapi kebahagiaan. Kau milikku dan akan terus menjadi milikku.

Kasih Bersemi



Apakah masih ada rasa cinta di hati untuk mu setelah hati ini kau lukakan? Apakah masih ada ruang kemaafan untuk mu... Syafri, tidak mudah untuk kusingkirkan kasih yang telah tersemai di hati... lalu kasih mu aku terima sekali lagi...Hati ku terluka, kekasih ku telah kembali pada DIA, pencipta lalu ku rawat hati yangterluka bersama rasa mencengkam jiwa... Ikmal, tidak mudah untuk menerima mu namun atas rasa hormat dan sayang untuk seorang wanita, kasih dari seorang ibu yang amat kudambakan... lalu aku menerima dirimu.




Hanim
Siapa sebenarnya aku ini.. kenapa aku menerima layanan yang sebegini dari ibuku sendiri.. apa kurangnya diriku dan apa pula kelebihan yang ada pada abang dan adik-adikku, di mana silapnya hingga aku terbuang di dalam keluargaku sendiri. Masih ada insan yang sudi menghulurkan kasihnya untukku, memberi sedikit cahaya kebahagiaan tapi kenapa tatkala hatiku sudah diserahkan, dia melukakan hatiku. Dia pergi dan kembali sesuka hatinya... dia tidak pernah tahu menghargai perasaan dan kasih sayangku ini. Memaafkan dan menerimanya kembali... itu yang sering aku lalui dan buat yang terakhir kalinya aku menerima dia sekali lagi tapi kebahagiaanku diragut sekali lagi.. impian yang aku himpunkan tidak sampai ke mana.Aku tidak pernah merasai kasih yang luhur dari ibuku lalu kasih seorang ibu yang aku temui itu membuatkan aku akur pada kehendaknya. Akur pada permintaannya mahu aku menjadi sebahagian dari keluarganya. Tapi mampukah aku menerima dia... sedangkan perwatakan kami terlalu jauh berbeza

Shafri
Masih adakah ruang kemaafan di hatinya untukku setelah hatinya sering aku lukakan. Tidak pernah aku menyayangi seorang wanita sebagaimana aku menyayangi dirinya lalu aku akan kembali padanya juga walaupun aku juga yang sering meminta perpisahan darinya. Aku mahu membina kebahagiaan bersamanya.. bahagia hingga ke akhir hayatku..

Akmal
Perwatakan kita terlalu jauh berbeza tapi kesederhanaan, keramahan dan kemanisanmu buat hatiku terpikat tapi aku bukanlah seorang kekasih yang bijak berkata-kata, apa lagi hendak memujuk rayumu. Tatkala kau berada di hadapanku, tubuhku terasa kaku... lidahku menjadi kelu.. suara ku hilang entah ke mana. Mujur juga masih ada ruang untuk aku di hatimu.. lalu aku berusaha untuk menjadi seorang lelaki impian... lelaki yang bakal membahagiakan dirimu..