Dewi - 12

        WAJAH Nenek yang uzur menjadi sasaran mata, pandangan Sayu wanita itu mengusik hatinya. Adiputra kelihatan tenang dan bersahaja sedangkan Dia.. terpaksa menahan gelodak kesedihan yang bergelumang di dada. Simpati pada Nenek..uzur benar wanita itu. Berbaring di atas lembek yang menipis.. sempat Dia menjeling kedua-dua tumit kaki Nenek yang kering dan mungkin sudah mengeras, dek kerana terlalu lama berbaring. Di hujung kaki Nenek.. Pak Long sediakan tempat untuk memudahkan Nenek membersihkan diri. Hanya Mak Long yang menguruskan Nenek.. Ngah datang sekali-sekali, datangnya melenggang... membawa tubuh gempal yang terhoyang-hayang langkahnya. Setiap kali bertentang mata dengan wanita itu, hati dicuit kelemasan... marah dan geram, tapi Adiputra tetap tersenyum. Dihulurkan tangan untuk bersalaman.. tiada riak kecewa di wajah Adiputra walaupun Ngah Simah memandang pun tidak ke arah mereka.

        “Mak sihat ?” Soal Pak Long Hasyim, Abang sulong Emak, lelaki yang dulunya menjadi pelindung kepada Emak. Setiap kali tubuh Emak dibelasah oleh Nenek, Pak Long juga yang menjadi pembela. Itu cerita Emak... kata Emak, dengan Pak Long jangan berkasar, anggap Pak Long seperti Ayah sendiri.
       “Alhamdulillah. Pak Long dan Mak Long macam mana?”
       Mak Long muncul dari ruang dapur.. dulang berisi hidangan diletak di atas tikar mengkuang yang dibentangkan sebentar tadi.
       “Macam nilah.. orang tua, tak adalah sesihat mana.”
       “Siapa kata Pak Long dah tua.... pasang lagi satu pun boleh.”
       Terbeliak mata Pak Long Hasyim mendengar gurauan Adiputra. Tawanya meletus.. memecah keheningan petang itu dan Mak Long Hasnah hanya tersenyum sambil tergeleng-geleng.
       “Sukalah Pak Long Kamu tu...”
       Dewi hanya tersenyum.. Adiputra memang begitu, suka bergurau. Mujur juga Mak Long Hasnah tidak ambil kisah dan Nenek... tetap begitu. Bersuara pun tidak, sesekali wajah mereka ditatapnya tapi cuma seketika. Bibirnya bagai ingin bergerak... apa agaknya yang ingin ditanyakan oleh Nenek pada Mereka.
       “Nenek sihat ?”
       Dewi Karmila menyentuh kaki Nenek yang berbalut kain batik lepas yang pudar warnanya. Sekadar mencuba.. wanita itu pernah menarik kakinya enggan membenarkan cucunya yang seorang ini menyentuh. Hati terusik... namun segera disingkirkan jauh-jauh.
      Lembut jari-jarinya memicit betis Nenek yang terasa tulang-tulangnya. Nenek tidak bergerak.. tidak menolak atau Nenek tidak merasa apa-apa. Wajah Nenek tetap seperti tadi..keruh dan tidak bermaya.
      “Nenek dah makan ?”
      Nenek diam tidak berkutik...mengangguk pun tidak, menggeleng pun tidak.
      “Nenek baru makan sekejap tadi.”
       Mak Long Hasnah membuka mulut.. menjawab bagi pihak Nenek.
       “Abang Long Kamu sihat ?”
       Adiputra mengangguk.
       “Alhamdulillah Pak Long. Anak Abang Long tu pun lasaknya bukan main lagi.”
       “Dah berapa anak Dia ?”
       “Kembar juga Pak Long, dua orang.. tapi riuh rumah tu macam lima enam orang.” Adiputra tertawa kecil, wajah anak-anak buah yang selalu menghiburkan hatinya terbayang di mata. Azrin dan Azmin yang comel dan keletah.
       “Kamu sendiri Adi.. sihat ?”
       “Saya macam nilah.. kalau orang tak bawa, tak bergerak ke manalah Saya. Mujur juga Dewi balik.. dapat Saya keluar, luas sikit mata ni.”
       Dewi Karmila hanya tersenyum, simpati pada Adiputra. Dengan Abang Long Adiputra tidak meminta apa-apa, enggan menyusahkan lelaki yang kini sudah bekeluarga, tanggungjawab Abang Long semakin bertambah, apa lagi dengan kerenah Kak Long yang tidak pernah mengerti.
       “Hah.. Dewi! Bila lagi nak kahwin ?”
        Merah padam wajah Dewi Karmila sedangkan Adiputra ketawa kesukaan. Emak sendiri tidak berani bertanyakan soalan itu tapi Mak Long Hasnah... hmm wanita itu tetap bertanya. Soalan yang sama setiap kali mereka bertandang ke rumah itu. Rumah pusaka yang dulunya tempat Emak membesar dalam kasih sayang keluarga.
       “Si Kinah.. sebaya dengan Kamu, dah dua orang anaknya.”
       Dewi tersipu malu. Adiputra masih tersenyum-senyum.
       “Belum ada jodoh Mak Long.. ada nanti, Dewi mesti beritahu Mak Long dan Pak Long.”
       “Bukan tak ada jodoh Mak Long.. Dewi ni memilih.”
       Adiputra ketawa kesukaan, seronok bila dapat mengenakan Dewi.
      “Hah! Mengata orang, Kamu sendiri macam mana ?”
       Soalan spontan Mak Long Hasnah mengejutkan Dewi. Adiputra... lelaki tetap tenang seperti tadi, terukir senyuman di wajahnya.
       “Saya ni... siapalah yang hendak Mak Long. Serba kekurangan, rupa tak ada.. harta pun tak ada. Nak ke mana-mana pun kena dibantu.” Adiputra merendah diri.
        Ada perubahan di wajah Mak Long Hasnah, mungkin baru tersedar... Dia tersalah bertanya. Niat hendak menyakat..lain pula jadinya. Adiputra sempurna di matanya, anak muda yang punya rupa yang menarik...tapi sayang, kecacatan yang dialami sejak lahir ke dunia, menyekat kebebasannya.
       “Hah... dah sampai orang jauh.”
       Suara garau wanita itu menyentak lamunan kedua-duanya. Entah manusia mana yang menyampaikan berita...mereka sudah menapak di rumah pusaka.
       “Apa halnya Kamu berdua datang ke sini ?”
       Dewi Karmila menelan liur.. ikutkan hati mahu saja Dia menjawab. Datangnya kerana Nenek.. bukan kerana harta pusaka, perkara itu juga yang sering dibangkitkan oleh Ngah Simah setiap kali Kaki menjejak kampung tempat kelahiran Emak. Adiputra terlebih dahulu menyentuh tangannya, jelingan Adiputra sudah faham akan maksudnya lantas mulut dikunci rapat-rapat, biar terkurung apa yang bersarang di dada.. kalau terlepas, ada hati yang bakal terluka.
       “Ngah sihat ?” Lembut Adiputra bertanya, hormat pada Kakak kepada Emaknya.
       “Aku sihat ke tidak.. Kamu apa peduli. Hah... Mak Kamu tu bila nak balik ke sini. Tak teringat nak tengok Nenek Kamu tu. Nak tunggu orang tua tu habis nyawa baru nak balik.”
        Lagi-lagi perkara itu yang dibangkitkan. Pada Ngah Simah.. Emak, anak yang tak mengenang budi. Lupa pada Ibu bapa sendiri kerana tergila-gilakan Arwah Ayahnya. Nenek Menghalang.. begitu juga dengan Datuk, tapi Emak tetap berkeras, Ayah tetap jadi pilihan hati.
       “Bukan Mak tak nak datang.. kalau datang, dimaki hamun, dicerca dihina buat apa.”
        Terlepas juga apa yang terbuku didada, jelingan tajam Adiputra tidak dihiraukan. Bukan sekali dua Dia bersabar dengan kerenah Ngah Simah dan kali ini kesabarannya sudah menipis. Mahu diteruskan kata-katanya. Adiputra menghalang, tangannya digenggam lelaki itu, kepalanya digelengkan. Ah.. Adputra, Kau terlalu berlembut dengan wanita yang tak punya perasaan ini.
        “Hah.. eloklah tu, Mak dengan anak sama sahaja, bab menjawab nombor satu.”
        “Habis.. nak diamkan saja. Mak sendiri dihina macam tu.”
        Sekali lagi Dia membuka mulut, marahnya semakin menjadi-jadi. Sakit hati melihat wajah Ibu saudara yang bercakap ikut sedap mulutnya saja.
       “Sudah tu Mah.. Kamu ni kalau budak-budak ni datang, ada saja yang nak digaduhkan. Benda yang lepas tu, jangan diungkit. Sebab mulut Kamu... Mak dan Milah berpatah arang. Sudah tu... Kita ni dah tua, bukannya muda lagi.”
       Adiputra dan Dewi berpandangan, kata-kata Pak Long Hasyim dalam maknanya. Apa cerita yang tersimpan di sebalik kedukaan Emak. Emak dan Nenek berpatah arang kerana Ngah Simah... apa cerita sebenarnya.
      “Zul nak jenguk muka ke sini pun malas.. mulut Kamu tu tak tahu nak jaga.”
       Dewi mengerti.. Abang Long yang dimaksudkan oleh Pak Long Hasyim. Berkali-kali Dia mengajak Abang Long menyertai mereka melawat Nenek, Abang Long menolak, hatinya terluka... gara-gara mulut Ngah Simah yang celupar.
      “Saya ni bukan apa Bang Long... masa Mak sakit, jenguk pun tidak. Esok-esok... Mak dah tak ada baru nak balik, nak tuntut itu ini.”
       Dewi Karmila menahan hati, mahu saja Dia membuka mulut. Adiputra menggeleng, lelaki ini terlalu lembut hatinya. Emak dihina begitu, Dia masih boleh bersabar.
      “Busuk hati Kamu tu.. dari dulu sampai sekarang, tak pernah berubah. Apa nak jadi dengan Kamu. Harta tu harta Mak... yang Kamu nak sibukkan kenapa. Budak-budah ni pun ada hak, Milah tu anak Mak.”
      “Anak apa... Sakitkan hati Mak. Balik pun tidak, jangan Abang Long nak kesian-kesian.. nak bahagikan harta Mak pada Milah.”
      Pak Long Hasyim menggeleng, tak sudah-sudah dengan busuk perutnya.
      “Ngah ! Mak tak pernah ambil kisah pasal harta.. harta yang Ayah tinggalkan untuk Kami pun tak termakan. Abang Long dah kerja... Dewi dah kerja, ada kereta besar.. tu yang terpacak kat halaman tu.... harta Nenek Kami tak pandang. Saya ni.. walaupun cacat.... Dewi takkan ke mana, takkan Dia lupakan Saya.”
       Diam-diam Adiputra, sekali dilepaskan, berbisa juga di telinga. Biarpun bersahaja gayanya, butir bicara tetap menyentap gegendang telinga Ngah Simah. Berubah air mukanya, anak muda yang hanya mendengar sejak tadi.. sudah membuka mulut. Dewi Karmila tersenyum kemenangan.. lucu pula bila Adiputra menyebut tentang kereta di halaman, siapa yang tahu kereta itu kereta pinjam jika mereka berdua tidak membuka mulut.
        “Hah! Kamu dengan tu Simah... teringin juga Aku nak naik kereta besar tu. Boleh budak-budak ni bawa Aku ke Pekan, nak harap anak-anak Aku, setakat motor sebiji seorang adalah.. anak Kamu.. hmm entah bila baru Aku nak merasa.”
         Dewi menjerit kesukaan.. padan muka Ngah Simah. Duduknya serba tak kena.. wajah yang selamba sebentar tadi sudah kemerah-merahan. Nasib baik Pak Long Hasyim menyebelahi mereka berdua.
        “Ah... Bang Long memang, orang luar juga yang Bang Long menangkan.”
        “Orang luar apa. Mereka ni anak Milah.. anak adik Aku, Adik engkau. Anak-anak buah Kita.... Kau tak nak ikut sekali ke.. Kita ke Pekan, naik kereta besar tu.. muat kalau setakat lima enak orang.”
         Dewi tersenyum... begitu juga dengan Pak Long tapi Adiputra tetap bersahaja.
         “Tak kuasa Saya... banyak lagi kerja yang boleh dibuat. Saya balik dululah... Bang Long, Kak Long. Nida nak ke Pekan sekejap lagi.”
         Ngah Simah susah payah berdiri tubuh gempalnya menyukarkan untuk Dia bangun dari duduknya.
        “Jangan ambil hati dengan Ngah Kamu tu.... apa Dia cakap bukannya difikir habis-habis. Ikut suka hati Dia saja.”
        Dewi dan Adiputra berpandangan. Kedua-duanya hanya tersenyum.
       “Pak Long nak ikut Kami ke bandar ?”
       Pak Long Hasyim menoleh ke arah isterinya.
       “Kamu nak pergi Nah... teringin juga Aku nak merasa naik kereta anak buah Aku.”
       Mak Long Hasnah hanya tersengeh.
       “Sengeh-sengeh tu.. naklah tu. Hah.. pergi siap. Aku pun nak bersiap juga.”
       Pasangan itu sudah beredar ke dalam bilik.
       “Pandai je Kau.. kereta Aku.”
       Adiputra tersengeh.
       “Kenalah Kau kerja lebih... boleh beli kereta besar macam tu, esok-esok jangan datang ke sini dengan Kancil Kau tu.”
       Dewi mencebek.
      “Habis. Pak Long dengan Mak Long ikut Kita. Nenek macam mana ?”
       Wajah Nenek yang sudah terlena menjadi sasaran mata. Entah bila masanya Nenek memejamkan mata, mungkin malas hendak mendengar perbalahan anak-anak dan cucunya.