Bahagia Itu Miliknya

Andai inilah yang dinamakan cinta, dia pasrah. Kegagalan bercinta di alam remaja tidak bermakna ia tidak dapat disatukan lagi jika sudah tersurat memang itu jodohnya. Berkahwin dengan suami orang juga itu bukan impiannya. Namun dia akur pada ketentuan takdir. Peritnya menyandang gelaran janda, pedih lagi menanggung gelaran isteri kedua. Gelaran yang mengundang gerhana dalam hidupnya. Kerana dituduh sebagai perampas suami orang, kehidupan rumah tangganya dilitupi duka hingga hampir meragut nyawa...





Nur Aina
Aku pernah jatuh hati padanya, aku pernah menyayangi dirinya tapi tatkala dia menolak aku dari hatinya.. aku pasrah. Dia bukan untukku dan aku bukan untuknya. Namun.. Allah itu maha berkuasa, ditemukan kita dalam keadaan yang berbeza, tatkala usia mematangkan fikiran.. tatkala hati kesepian dan kerinduan. Aku terima dirimu tanpa rela namun aku sedar... kasih yang pernah tersemat di hati ini untukmu suatu waktu dulu rupanya masih berbaki.. masih ada rasanya..

Khairi
Aku sayang padamu.. aku mengerti apa yang ada di hati mu tapi keadaan tidak mengizinkan aku menerima dirimu. Aku mahu kau meneruskan pengajianmu, usia kita masih terlalu mentah... tidak akan kuzinkan kau kecundang hanya kerana sebuah cinta tatkala usia mu masih muda. Namun.. hatiku terluka dan kecewa, kau melupakan aku dan menerima dia sedangkan hatiku sentiasa mendambakan dirimu.. aku terlewat, kau hulurkan kasihmu pada si dia. Tidak pernah aku bermimpi.. aku akan bertemu dengan mu sekali lagi, pertemuan yang akhirnya menyimpul satu ikatan di antara kita.. aku sedar, tidak mudah untuk beristeri dua tapi apa yang sudah tertulis ini aku terima dengan redha kerana di hatiku masih tersimpan rasa kasih untukmu.

Amira
Pabila rasa kasih dan sayang sudah beraja di hati, aku sanggup melakukan apa sahaja asalkan kau menjadi milikku. Aku korbankan maruah dan harga diri kerana dirimu.. Tidak pernah aku kecundang dan tewas dalam apa jua perkara. Kusangka hati mu sudah menjadi milikku tapi rupa-rupanya kau masih menyimpan perasaan mu untuk orang lain. Tidak.. tidak akan kuizinkan kau bersama dia mengecapi kebahagiaan. Kau milikku dan akan terus menjadi milikku.