Madinah Al Munawarah - 1


Jabal Uhud
Jabal Uhud yang kelihatan bewarna kemerah-merahan ini merupakan bukit yang terpanjang di Madinah dengan ukuran panjang dari timur ke barat lebih kurang 6 kilometer. Ia terletak di bahagian utara Madinah iaitu 5 kilometer dari kota Madinah.


Perkuburan Baki

Masjid Al-Qiblatain (Masjid Dua Kiblat)
Pada zaman Rasulullah masjid ini merupakan tempat mengerjakan solat bagi Bani Salamah. Ianya terletak di sebelah barat laut Madinah berdekatan dengan Wadi 'Aqiq dan Universiti Islam Madinah. Masjid ini diberi nama Masjid Al-Qiblatain (Masjid Dua Kiblat) bersempenan dengan perisitiwa turunnya perintah Allah agar Rasullullah menjadikan Kaabah sebagai kiblat menggantikan Baitul Maqdis.



Masjid Quba
Terletak di perkampungan Bani 'Amru ibn 'Auf iaitu kira-kira 3 kilometer dari arah selatan kota Madinah. Ia merupakan masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah tatkala Baginda selamat tiba di Madinah pada hari isnin, 12 Rabi'ul Awwal bersamaan 20 September 622M.


Masjid  Al-Sab'ah (Masjid Tujuh)
Masjid-masjid ini terletak di kawasan Jabal Sila' (Bukit Sila') iaitu di sebelah barat laut Madinah. Walaupun dikenali dengan nama Masjid Tujuh, namun kini hanya terdapat sebuah masjid sahaja di kawasan tersebut yang dikenali sebagai Masjid Al-Fath.


Masjid Nabawi, Malam.


Masjid Nabawi : Gambar diambil dari sotoh Pusat Rawatan Madinah.