Kasih Bersemi



Apakah masih ada rasa cinta di hati untuk mu setelah hati ini kau lukakan? Apakah masih ada ruang kemaafan untuk mu... Syafri, tidak mudah untuk kusingkirkan kasih yang telah tersemai di hati... lalu kasih mu aku terima sekali lagi...Hati ku terluka, kekasih ku telah kembali pada DIA, pencipta lalu ku rawat hati yangterluka bersama rasa mencengkam jiwa... Ikmal, tidak mudah untuk menerima mu namun atas rasa hormat dan sayang untuk seorang wanita, kasih dari seorang ibu yang amat kudambakan... lalu aku menerima dirimu.




Hanim
Siapa sebenarnya aku ini.. kenapa aku menerima layanan yang sebegini dari ibuku sendiri.. apa kurangnya diriku dan apa pula kelebihan yang ada pada abang dan adik-adikku, di mana silapnya hingga aku terbuang di dalam keluargaku sendiri. Masih ada insan yang sudi menghulurkan kasihnya untukku, memberi sedikit cahaya kebahagiaan tapi kenapa tatkala hatiku sudah diserahkan, dia melukakan hatiku. Dia pergi dan kembali sesuka hatinya... dia tidak pernah tahu menghargai perasaan dan kasih sayangku ini. Memaafkan dan menerimanya kembali... itu yang sering aku lalui dan buat yang terakhir kalinya aku menerima dia sekali lagi tapi kebahagiaanku diragut sekali lagi.. impian yang aku himpunkan tidak sampai ke mana.Aku tidak pernah merasai kasih yang luhur dari ibuku lalu kasih seorang ibu yang aku temui itu membuatkan aku akur pada kehendaknya. Akur pada permintaannya mahu aku menjadi sebahagian dari keluarganya. Tapi mampukah aku menerima dia... sedangkan perwatakan kami terlalu jauh berbeza

Shafri
Masih adakah ruang kemaafan di hatinya untukku setelah hatinya sering aku lukakan. Tidak pernah aku menyayangi seorang wanita sebagaimana aku menyayangi dirinya lalu aku akan kembali padanya juga walaupun aku juga yang sering meminta perpisahan darinya. Aku mahu membina kebahagiaan bersamanya.. bahagia hingga ke akhir hayatku..

Akmal
Perwatakan kita terlalu jauh berbeza tapi kesederhanaan, keramahan dan kemanisanmu buat hatiku terpikat tapi aku bukanlah seorang kekasih yang bijak berkata-kata, apa lagi hendak memujuk rayumu. Tatkala kau berada di hadapanku, tubuhku terasa kaku... lidahku menjadi kelu.. suara ku hilang entah ke mana. Mujur juga masih ada ruang untuk aku di hatimu.. lalu aku berusaha untuk menjadi seorang lelaki impian... lelaki yang bakal membahagiakan dirimu..