Dewi - 7

           SOFIAN menggepal tangannya, ikutkan hati mahu saja Dia menerpa ke arah pasangan itu. Alang-alang sudah berhadapan, akan dihadiahkan penumbuk sulongnya ke wajah lelaki itu. Patutlah Dewi asyik mengelak bila diajak keluar, rupanya lelaki ini yang punya angkara. Apakah Dewi sudah terpikat pada si lelaki playboy, buaya tembaga yang tidak pernah mengenal mangsa.

            Kemesraan yang menyakitkan mata, bahaginya Dewi tersenyum dan ketawa. Telefon bimbit dikeluarkan dari saku seluar, nama Dewi menjadi sasaran.
           “Assalamualaikum.”
           Masih terkawal kemarahan yang membusung di dada. Sakitnya hanya Allah yang tahu.
           “Waalaikumussalam. Hai Pian.”
           Terbang sedikit rasa sakit dan marah, lembut suara Dewi menyejukkan hatinya.
           “Hai.. Kau di mana ?”
           “Beli barang ?”
           “Sorang ?” Dia cuba menduga.
           “Dengan Juan.”
           Ah gadis... Kau begitu tulus, tiada niat hendak menipu tapi jawapan itu menyakitkan hati Ku. Menambahkan kemarahan yang sedia ada.
           “Beli apa ?”
           “Nak beli barang sikit, Aku balik kampung minggu ni.”
           “Dengan Juan.”
           Itu satu tuduhan yang melulu.. dek rasa sakit hati yang mencengkam di dada.
           Sepi.. di mana suara Mu wahai gadis.
           “Aku balik sorang.. buat apa nak bawa playboy ni.”
           Dewi ketawa.. suara si lelaki tetap singgah di telinga. Butir bicara tidak pula masuk ke telinga. Entah apa yang dibebelkan, mungkin tidak setuju dengan panggilan itu.
          “Dewi ! Happy Birthday.”
         “Thanks Pian.”
         “Esok Aku hantar hadiah untuk Kau. Ingat nak ajak keluar.. rupanya dah ada orang yang mendahului Aku.”
          Hampa.. itu yang Dia rasakan, bercampur dengan rasa sakit hati berbungkal geram.
         “Terima kasih Pian. Ok.. Aku dah nak bayar ni.”
         “Ok.. Assalamualaikum.”
         “Waalaikumussalam.”
         Talian diputuskan. Hati masih ditusuk sembilu, perlukah Dia berada di situ lebih lama lagi. Menyaksikan kemesraan yang menghiris hati sendiri.
         Tidak tahu hendak ke mana, nama Asyida dicari di dalam memori telefon bimbitnya. Mungkin gadis itu sudah melapangkan masa untuknya. Mendengar luahan dan kesakitan hatinya.. melihat kemesraan pasangan yang tidak menyedari pergerakan mereka menjadi perhatian.
        “Apa hal ni ? Tiba-tiba saja ajak Aku keluar ?” Soalan pertama sebaik saja menempatkan diri di dalam kereta. Daun pintu tertutup rapat.. berdetum juga bunyinya.
        “Sorry.”
        Asyida tersengeh.
        Sofian tersenyum.
        “Kau buat apa tadi ?”
        “Tak ada apa... cuma serve internet.”
        “Sorry. Aku mengganggu.”
        “Apa yang nak Kau cakapkan dengan Aku. Tergesa-gesa gayanya, cakap di telefon pun tak hendak. Penting sangat ke?”
        Sofian masih dengan senyumannya.
       “Kau dah makan ?”
       “Sudah.”
       “Kau ingat tak hari ni hari apa ?”
        Sepi seketika, otaknya ligat memikirkan jawapan untuk soalan yang diberikan.
        “15 April. Kenapa ?”
        “Kau tahu birthday siapa.”
        Terlopong mulutnya seketika, tapi segera ditekup dengan tangan kanannya. Bagaimana Dia boleh terlupa sedang kan sudah diingatkan diri sendiri beberapa kali. Birthday Dewi Karmila jangan sekali-kali dilupa.. panjang rajuk sahabat yang seorang itu nanti.
        “Macam mana Aku boleh lupa ni.”
        “Bukau Kau sorang, Aku pun hampir terlupa. Aku ingat nak ajak Kau orang berdua keluar malam ni, celebrate Birthday Dia.”
        “Hah.. Kau dah call Dia, sebelum jumput Aku.”
        Sofian menggeleng.
        “Nak buat apa, kerja sia-sia.”
        Berkerut wajah Asyida.. apa kena dengan Mamat sorang ni. Tadi beriya-iya, ini dikatakan kerja sia-sia.
        “Aku ternampak Dewi dengan orang lain.”
        Asyida tersenyum.. patutlah wajah jejaka di sebelahnya masam mencuka. Hati terluka rupa-rupanya.
        “Dewi dengan siapa ?”
        “Juan.”
         Bertambah lebar senyuman Asyida.. dengan si Playboy itu pun Sofian hendak cemburu. Sepuluh kali Dewi akan memilih Sofian jika dibandingkan dengan Rizuan. Setahunya mereka berdua cuma teman sekerja, Rizuan memang peramah dan mudah mesra. Sudah beberapa kali Dia terserempak dengan Rizuan yang bergandingan dengan gadis-gadis yang seksi, bertukar-tukar gadis. Masakan Dewi Karmila yang cantik dan bersopan itu hendak memilik si lelakai bermata keranjang itu.
        “Dengan playboy tu pun Kau cemburu.”
       “Sebab playboy Aku cemburu... takut pun ada,macam mana kalau Dia main-mainkan perasaan Dewi. Aku tak mahu Dewi terluka.”
        Asyida tersenyum dan menggeleng.
        “Mereka tu kan cuma kawan sekerja, lagi pun Aku tak rasa Dewi akan memilih Juan. Ramai lagi lelaki-lelaki baik yang wujud kat KL ni.”
        “Itu kata Kau.. tapi hati Aku rasa tak sedap. Dah dua kali Aku ternampak Dia orang berdua.”
        Asyida masih dengan senyumnya. Hati Sofian sarat dek rasa cemburu yang semakin membelit.
        “Takkan nak kaluar berdua pun salah. Lagi pun, Kau dengan Dewi kan masih kawan biasa.. belum declare sebagai pasangan kekasih.”
        “Itu yang buat Aku panas punggung.”
        Asyida ketawa, simpati pun terselit juga untuk sahabat yang dikenalinya ketika sama-sama menuntut di puast pengajian tinggi.
        “Kau nampak Dia orang di mana ?”
        “Makan nasi lemak kat Kampung Baru.. malam minggu pula tu.”
        “Oh.. Kau mengintip ya.”
        “Kebetulan... Razak dan kawan-kawan Kita yang lain ajak Aku makan di situ.”
        “Eh.. lepas pula si lelaki takut bini tu keluar malam minggu.”
        “Bini Dia kat kampung.. dah bersalin.”
         Asyida tergelak.
        “Patutlah terlepas.. jadi orang bujanglah sekarang ni. Habis Kau tegur Dia orang tak ?”
       “Tegur.. Aku duduk juga semeja dengan Dewi tapi bila Juan datang. Hati Aku jadi tak menentu.. malas Aku nak duduk lama-lama. Cabutlah.”
        Asyida menggeleng.
        “Dewi macam mana ?”
        “Dia... macam mana lagi, tak ada rasa bersalah... Dia berbual dengan Aku macam biasa.”
        “Itulah Aku cakap, Dia orang tu tak ada apa-apa. Kalau ada, sure Dewi rasa bersalah dengan Kau.”
         Hanya keluhan yang dilepaskan di bibir Sofian.
        “Kita nak ke mana ni ?”
        “Temankan Aku pergi makan.”
        “Aku dah makanlah.”
        “Temankan Aku.. bukannya suruh Kau makan.”
        “Susah betul dapat kawan angau macam ni... Kalau Kau tahu Dewi tak dapat terima Kau, kenapa tak cari saja yang lain. Kat office Kau tu tak kan tak ada yang berkenan.”
        “Setakat berkenan macam tu saja buat apa. Aku nak Dewi.. bukan sehari dua Aku kenal Dia. Hati budi Dia semua Aku dah tahu... Hati Aku dah tersangkut sejak kat Kampus lagi. Bukannya boleh dibuang macam tu saja.”
         Asyida mendengus.
        “Suka hati Kaulah... frust menonggeng nanti, jangan cari Aku.”
        “Dahlah.. Aku nak makan, tak payah cakap pasal tu lagi.”
        Tergeleng-geleng kepala Asyida, macam-macam hal dengan sahabat yang seorang ini. Kerana Dewi Karmila, hidup si lelaki jadi tak menentu.. kerana si Playboy Rizuan..hatinya jadi tak keruan, cemburu pada lelaki yang mendampingi si gadis idamannya.