Dewi - 8

        “PERUT dah kenyang. Aku rasa macam nak balik tidur.”
        “Hah.. jangan nak mengada, hantar aku ke office dulu, aku nak ambil kereta.”
        “Laaa... dah lewat macam ni masih ada hati nak balik office.”
        “Aku nak ambil kereta, bukan nak buat kerja.”
         Dewi mencebik, wajah Rizuan dikerling sekilas.
         “Tak payahlah.. aku hantar kau balik terus. Pagi esok Aku jemput.”
        “Kereta Aku macam mana ?”
        “Tak hilangnya.. Kau parking kat building tu, bukannya kat luar.”
        “Kalau hilang macam mana ?”
        “Aku jemput dan hantar Kau hari-hari.”
        “Orang cakap betul-betul, Dia main-main pula.”
        “Yalah.. Aku pun cakap yang betul. Aku pernah tinggal kereta kat tempat parking masa outstation ke Sabah hari tu. Tak hilang pun.”
        “Kalau hilang.”
        “Aku belikan kereta baru untuk Kau.. cash.”
        “Banyak duit Bapak Kau.”
         Rizuan ketawa lepas.
         “Tak payah duit Bapak... duit Aku pun ada. Setakat Kancil tu.. tak hairanlah beb.”
         Bengkak hati Dewi mendengar kata-kata Rizuan yang berunsurkan keangkuhan.
        “Jangan marah Cik Adik... Aku gurau je.”
        Rizuan cuba bergurau.. perubahan di wajah Dewi Karmila jelas di matanya. Hakikatnya Dia berkemampuan tapi pada  Dewi Karmila kata-kata itu mungkin tidak disenangi.
        “Ok.. Aku hantar Kau balik rumah. Dah lewat ni, kalau ke office dulu.. jam berapa Kau nak sampai ke rumah.”
        Dewi masih mendiamkan diri, tidak berminat hendak berbicara dengan Rizuan.
        “Kau merajuk ya.”
        Diam juga.
        “Kau tahu tak orang kata.. orang yang sedang bercinta saja yang suka merajuk.. Kau cintakan Aku ya.”
        Bulat mata Dewi merenung wajah Rizuan.
        “Juan !”
        “Tengok... muka Kau dah merah.”
       “Juan !”
        Memang Dia malu... malu dituduh begitu oleh seorang lelaki yang selama ini dianggap sebagai sahabat.
       “Ok..ok.. Aku bergurau.”
       Rizuan ketawa kesukaan. Seronok dapat mengenakan Dewi Karmila yang merona merah, masam mencuka kemudiannya.
       “Juan !
       “Aku gurau je Dewi. Jangan ambil hati.. Aku sedar siapa Aku ni. Orang macam Aku ni tak layak untuk Kau. Playboy KL.”
        Merajuk saja gayanya.... hilang rasa marah yang tadinya berbungkal di dada. Wajah jejaka di hadapan mata dikerling sekilas.. kesalkah si lelaki kerana berkata begitu padanya.
       “Kalau dah sedar diri tu playboy.. cubalah ubah sikap tu, barulah Kau boleh dapat perempuan yang terbaik untuk Kau.”
        Rizuan mencuka. Jahat sangatkah Dia ?
        “Kalau Aku berubah, Kau nakkan Aku ?”
        Dia pula yang terkena.. teruk betul lelaki yang sorang ni.
       “Dahlah.. malas Aku nak cakap, Kau belitkan Aku.”
      Terkekeh-kekeh Dia ketawa, wajah Dewi yang bercahaya sebentar tadi kembali cemberut dan Dia terus ketawa. Ah.. kalaulah Dewi sudi menerima dirinya, akan ditinggalkan tabiat lamanya. Hanya yang satu yang akan dikelek ke sana ke mari.. Dewi Karmila buah hatinya.
       “Jomlah.. perut dah kenyang. Aku nak balik.”
       “Belum bayar dah nak balik.”
       Bebel Rizuan sambil melambai ke arah seorang anak muda yang berdiri di hadapan kaunter.
       “Aku bayar.”
       “Aku yang bayar.”
       “Kan Aku janji nak belanja Kau malam ni.”
       “Kan Aku kata tak nak.... kalau Kau cium, Aku nak.”
       Dewi mendengus.. tak habis-habis dengan kenakalannya. Tidak sempat diletakkan wang kertas di dalam dulang yang dihulurkan, Rizuan yang mendahuluinya. Entah bila baru Dia dapat mengeluarkan duit sendiri apabila keluar bersama dengan Rizuan. Kalau orang lain mungkin tidak kisah tapi pada Dia..sekali-sekali biar Dia yang bayarkan, bukannya apa, bimbang pula nanti dianggap sengaja hendak mengambil kesempatan.
       “Hantar Aku ke office.”
       Dewi bersuara sebaik saja masuk ke dalam kereta.
      “Dah jam 11:00 malam Cik Adik oi. Dari sini ke office, setengah jam, balik ke rumah Kau setengah jam. Lewat sangat sampai rumah, pukul berapa Kau nak tidur.”
       “Aku dah biasa tidur lewat.”
       “Kau buat apa tidur lewat ?”
      “Apa-apa saja yang berfaedah.. membaca misalnya, bukan macam Kau berkepit dengan perempuan masuk keluar disco.”
       Rizuan tersengeh, Dia pula yang terkena kali ini.
       “Sekarang Aku ni nakal.. jahat tapi kalau Kau jadi girl friend Aku.. semua tu Aku tinggalkan.”
        Dewi mengetap bibirnya. Lagi-lagi perkara itu yang dijadikan bahan gurauan.
       “Juan ! Kau dah biasa hidup macam ni kan.. bukan senang nak berubah. Belum tentu kerana seorang perempuan kuno macam Aku ni Kau akan berubah.”
       Meletus tawa Rizuan sambil mengetuk stereng keretanya, lucu benar rasanya bila mendengar Dewi menyebut ayat perempuan kuno.
      “Kau tau tak.. kalau Kau kata Kau perempuan kuno. Kau tak pakai macam ni, tapi Kau pakai baju macam orang dulu-dulu, berkemban dengan kain batik separas dada, lepas tu sangkut selendang kat bahu.lagi seksi ooo..”
       Rizuan terus-terusan ketawa. Hilang kesabaran seorang gadis bernama Dewi Karmila.. pantas jejarinya singgah di pinggang Rizuan dek kerana rasa geram dan marah yang teramat, sejak tadi lelaki itu asyik mengenakannya.
        Bertambah besar tawa Rizuan sambil mengusap pinggangnya yang sedikit perit. Biar pun sakit, hati terasa bahagia.. kali pertama Dewi mencubit dirinya.
        “Kau ni teruk betul.” Marah Dewi sambil berpeluk tubuh. Malas hendak melayan si lelaki yang ketawa sejak tadi.
         “Sedap...”
         Dewi masih cemberut.
        “Sedapnya..”
        Berkerut wajah si gadis, dikerling ke arah Rizuan, hati tertanya-tanya, apa yang sedap.
        “Apa yang sedap ?”
       “Sedap.. kena cubit.”
       “Juan !”
        Kali ini telapak tangannya singgah di bahu lelaki itu, bukan sekali tapi berkali-kali. Geramnya.
       “Ok..ok.. sudah, sudah.. Aku tengah drive ni. Tak pasal-pasal dua-dua masuk hospital nanti. Kecoh satu office, Kau dan Aku accident dalam satu kereta.”
        Masih bersisa tawa si lelaki.
        “Kau yang cari pasal.”
        “Aku bergurau.. tapi Kau tak boleh terima gurauan Aku.”
        “Bergurau tak bertempat.”
        Rizuan mengulum senyum, terlebih ketawa nanti, dimarahi Dewi Karmila pula. Wajah si gadis masam mencuka namun hati rasa terhibur. Bersama Dewi Karmila Dia bebas mengusik.. rajuk Dewi mudah dipujuk, marah Dewi hanya seketika. Esok-esok eloklah Dia.. kalau tak esok, sebentar saja lagi hati pasti dilembutkan.
        “Aku hantar Kau balik ke rumah ya.”
        Dewi hanya mendiamkan diri.
        “Dewi Sayang......”
        Dewi menekup telinganya, tidak mahu mendengar kata-kata lelaki itu lagi. Mengadanya menjadi-jadi.
       “Yalah..yalah. hantar Aku balik. Boleh jadi gila Aku kalau dengan Kau ni.”
        Rizuan ketawa kesukaan, Dewi sudah berpaling ke arah luar. Marah benar gadis itu padanya.
        “Ok..ok.. Aku tak kacau Kau lagi. Aku hantar Kau balik ke rumah.”
        Dewi menyepikan diri.
        “Dewi !”
        Dewi diam tidak berkutik.
        Hanya keluhan yang dilepaskan, rajuk Dewi masih berpanjangan. Mulutnya mula bersiul.... entah apa-apa lagi yang disiulkan. Bosan bersiul sendiri, Dia menghidupkan suis radio... suara Syarifah Aini memecah kesunyian, mulutnya juga turun menyanyi.
        “Larilah... oh lari... Dewi ku lari gagah berani. Larilah...”
        Tersenyum-senyum Dewi mendengar suara sumbang si jejaka di sisi. Perkataan kuda yang disebut oleh biduanita Syarifah Aini ditukarkan dengan namanya. Ada-ada saja idea Rizuan, namun hati terasa terhibur... hilang rasa marah dan sakit hati kerana dipermainkan lelaki itu.
         “Kau marah Aku ?” Soalnya sebaik saja menyedari perubahan wajah Dewi, tenang dan bersahaja, tidak tegang seperti tadi.
         “Marah lagi tak ?” Sekali lagi Dia bertanya.
        “Suara Kau macam katak panggil hujan.” Komen Dewi sambil menjeling ke arah Rizuan.
         Lelaki itu tersenyum, menjadi juga idea spontannya untuk melembutkan hati Dewi Karmila. Keretanya diberhentikan di hadapan sebuah rumah teres setingkat, lampu di halaman terang-benderang.
        “Nak Aku tolong angkatkan barang Kau ?”
        Dewi menolak daun pintu.
        “Kalau rasa diri tu lelaki...silakan.”
        Rizuan tersenyum. Dewi mencari peluang untuk mengenakannya.
        “Tapi Aku tak dibenarkan masuk ke dalam rumah Kau.”
        Itu yang selalu ditekankan oleh Dewi, setiap kali Dia bertandang ke rumah itu, Dewi akan mengajak Dia keluar ke mana-mana. Tidak sopan seorang lelaki sepertinya masuk ke dalam rumah anak dara, berbual di luar juga tidak diizinkannya, tidak manis dipandang jiran tetangga. Banyak benar pantang-larang Dewi Karmila tapi semua itu untuk kebaikan mereka berdua.
       “Siapa suruh Kau masuk, letak saja kat depan pintu. Nanti Aku angkat.”
        Rizuan tersengeh. Diekori langkah Dewi sambil mengangkat vcd player di dalam kotak.
       “Letak kat situ saja Juan.”
       Seorang gadis keluar ke ruang tamu.
        “Hai Juan !”
        “Hai Midah.. lawa Kau hari ni ?”
        Hamidah ketawa.
        “Aku pakai baju tidur pun lawa.”
        “Dia puji.. ada maksud lain, Kau jangan salah sangka.” Dewi Karmila yang bersuara.
        “Kau ni.. tak ada kerja lain, asyik nak pandang serong kat Aku.”
        “Dah memang.. fikiran Kau ke lain.”
        Dewi mencemekkan mukanya.
       “Sampai hati Kau.. Aku dah tolong hantar sampai depan rumah pun Kau kutuk Aku lagi. Teruk betul kawan Kau ni Midah.”
        Hamidah hanya ketawa kecil sambil tergeleng-geleng. Ada-ada saja yang hendak digaduhkan oleh mereka berdua.
        “Kau orang tahu tak.. orang tua-tua kata, kalau lelaki dan perempuan suka sangat bergaduh.. jodoh mereka tu berat.”
         Rizuan ketawa kesukaan.
        “Betul tu Midah... Aku setuju.”
        “Mula dah.. jangan dilayan playboy ni Midah. Rosak Kau nanti. Jom..jom..”
        Ditarik lengan baju Rizuan dengan dua hujung jarinya. Lelaki itu masih ketawa, diikut juga langkah Dewi kembali ke keretanya.
        “Tak habis-habis dengan miang Dia.” Dewi membebel.
         “Macam Mak Nenek la Kau ni. Sebiji macam Nenek Aku.. kerjanya membebel 24 jam.”
        “Dah tu.. pergilah balik. Dah lewat.”
         Rizuan tersenyum.
         “Kalau Aku tak nak balik..”
        “Tidurlah dalam kereta Kau tu.”
        “Sampai hati Kau...”
        “Dah tu.. terima kasih sebab tolong Aku hari ni. Aku dah letih.. Aku nak berehat, nak tidur.”
        “Aku tidur dengan Kau boleh.”
        Bulat mata Dewi menjilat keseluruhan wajah lelaki di hadapannya yang tersenyum-senyum.
        “Gatal..” Pantas tangannya mengetip bahu lelaki itu.
        Terkekeh-kekeh Rizuan ketawa sambil mengusap bahunya. Pedih.
        “Aku ingatkan ketam berjalan dalam panggung saja.. kat sini pun ada ketam juga.”
        “Juan !” Sedikit menjerit Dewi dibuatnya.
       Lelaki itu ketawa kesukaan sambil memboloskan diri masuk ke dalam kereta sebelum jejari Dewi bergerak sekali lagi. Namun hati terasa bahagia.. biarlah Dia dicubit atau ditampar berkali-kali, Dia sangggup menerima.
        “Aku balik dulu.”
        “Drive carefully.”
        “Sayang juga Kau kat Aku.”
        “Hish.. pergilah balik. Menyampah Aku tengok muka Kau.”
       “Ok..ok...”
        Rizuan masih ketawa.
         “Good night Dewi. Malam nanti mimpikan Aku ya.”
        “Wek.... buang masa Aku.”
        “Assalamualaikum.”
        “Waalaikumussalam.”
        Kereta Honda prelude milik Rizuan bergerak perlahan, lelaki itu melambai ke arahnya. Tersenyum-senyum Dia sendiri tatkala hati teringatkan kemesraan yang wujud di antara mereka. Sakit hatinya diusik dan dikenakan Rizuan... tapi cuma seketika, lelaki itu bijak memujuk. Ada saja idea yang datang di kepalanya.