Bangkok Thailand

17/1/2010, aku dan rakan-rakan berangkat ke kota Bangkok untuk menghadiri kursus selama dua minggu. Baru sebulan pulang dari tanah suci, berangkat ke Bangkok pula. Nak buat macam mana, dah kerja kan. Perjalanan yang tentunya mencabar, di dalam kepala dok terbayang bagaimana keadaan kota bangkok. Macam2 cerita yang didengar dari kawan-kawan dan macam2 pesanan juga specially pasal makanan, tentulah soal HALAL yang menjadi perkara utama.


LCCT : 5 orang staff, 4 lelaki dan aku ajalah perempuannya. 2 orang dari bahagian technical dan 3 orang dari bahagian Application. Suami dan anak-anak menghantar aku di airport. Kata hubby Izzah anakku yang kecil menangis sebaik sahaja aku hilang dari pandangan mata dia sampailah ke kereta. Sedih sangat gamaknya, mama dia baru aja ada depan mata.

Perjalanan dari LCCT ke Bangkok mengambil masa lebih kurang 2 jam sahaja, waktu di Bangkok pula lewat 1 jam dari waktu di Kuala Lumpur.


Suvarnabhumi Airport Thailand . Perjalanan dari airport ke Unico Express Hotel mengambil masa lebih kurang 1 jam. Naik teksi MPV 700 Thai Bath. Penginapan di hotel termasuk sarapan tapi ada keraguan bila nak makan makanan yang disediakan. Bila tengok di dinding lif, tertera makanan yang haram untuk dimakan disediakan di hotel tersebut. Mujurlah dah ada preparation, ada biskut, kek dan 3 in 1 untuk sarapan. Memang susah nak dapatkan makanan halal tapi tak jauh dari Unico Express Hotel terdapat satu kawasan yang menyediakan makanan ala2 arab. Banyak restoran arab, parsi tapi di dalam restoran ni ada juga makanan ala2 Thai. Boleh tahan juga harganya, nasi goreng aja 150THB, lebih kurang RM15. Teh Tarik dan 60THB (RM6). Parah juga kalau hari2 makan macam ni.



Ramkamheng : Di kawasan ini terdapat ramai orang Islam. Gambar di atas ni di sebuah gerai yang terdapat di satu lorong, dah tak ingat nombor lorongnya. Orang yang berniaga kat sini, ada yang boleh bercakap melayu. Tapi perjalanan dari Unico Express ke Ramkamheng mengambil masa lebih kurang 1 jam dengan teksi, tambangnya lebih kurang 120THB. Masaalah juga, ambil masa dan ada kos, tapi harga makanan kat sini alhamdulillah berpatutan.


MBK Plaza : Terdapat macam2 barang di sini, hand phone, hand bag, barang2 kraftangan dan barang2 komputer. Kalau banyak duit yang dibawa, memang syok la shopping.

Sempat juga berjalan2 di pasar Chatuchak dengan menaiki tren dari Nana ke Mo Chit. Fuhh.. kat sini lagi la kelabu mata, barang2 yang dijual memang terlalu banyak. Macam2 ada. Kawasannya pun sangat luas, lenguh juga kaki berjalan, pengungjung pun tersangat la ramai. Harga berpatutan dan boleh tawar-menawar. Ada juga beli buah tangan untuk dibawa balik ke Malaysia.
Dalam Train.

Dalam Kelas, training session.


Suvarnabhumi Airport Thailand : Sepatutnya tarikh berlepas balik ke Malaysia pada 2/2/2010 tapi disebabkan ada kelas yang dibatalkan pada 1/2/2010, terus minta office cepatkan tiket balik ke Malaysia. Alhamdulillah dapat balik ke Malaysia pada 30/1/2010. Tak sabarnya nak balik ke KL. Hujan emas di negeri orang...
Sampai di LCCT, suami dan anak2 dah menunggu. Apa-apa pun dua minggu di Bangkok Thailand merupakan satu pengalaman baru yang tidak terdapat di Malaysia. Alhamdulillah dapat juga menjejakkan kaki di sana dan Alhamdulillah dapat pulang ke tanah air tercinta MALAYSIA.

Dewi - 8

        “PERUT dah kenyang. Aku rasa macam nak balik tidur.”
        “Hah.. jangan nak mengada, hantar aku ke office dulu, aku nak ambil kereta.”
        “Laaa... dah lewat macam ni masih ada hati nak balik office.”
        “Aku nak ambil kereta, bukan nak buat kerja.”
         Dewi mencebik, wajah Rizuan dikerling sekilas.
         “Tak payahlah.. aku hantar kau balik terus. Pagi esok Aku jemput.”
        “Kereta Aku macam mana ?”
        “Tak hilangnya.. Kau parking kat building tu, bukannya kat luar.”
        “Kalau hilang macam mana ?”
        “Aku jemput dan hantar Kau hari-hari.”
        “Orang cakap betul-betul, Dia main-main pula.”
        “Yalah.. Aku pun cakap yang betul. Aku pernah tinggal kereta kat tempat parking masa outstation ke Sabah hari tu. Tak hilang pun.”
        “Kalau hilang.”
        “Aku belikan kereta baru untuk Kau.. cash.”
        “Banyak duit Bapak Kau.”
         Rizuan ketawa lepas.
         “Tak payah duit Bapak... duit Aku pun ada. Setakat Kancil tu.. tak hairanlah beb.”
         Bengkak hati Dewi mendengar kata-kata Rizuan yang berunsurkan keangkuhan.
        “Jangan marah Cik Adik... Aku gurau je.”
        Rizuan cuba bergurau.. perubahan di wajah Dewi Karmila jelas di matanya. Hakikatnya Dia berkemampuan tapi pada  Dewi Karmila kata-kata itu mungkin tidak disenangi.
        “Ok.. Aku hantar Kau balik rumah. Dah lewat ni, kalau ke office dulu.. jam berapa Kau nak sampai ke rumah.”
        Dewi masih mendiamkan diri, tidak berminat hendak berbicara dengan Rizuan.
        “Kau merajuk ya.”
        Diam juga.
        “Kau tahu tak orang kata.. orang yang sedang bercinta saja yang suka merajuk.. Kau cintakan Aku ya.”
        Bulat mata Dewi merenung wajah Rizuan.
        “Juan !”
        “Tengok... muka Kau dah merah.”
       “Juan !”
        Memang Dia malu... malu dituduh begitu oleh seorang lelaki yang selama ini dianggap sebagai sahabat.
       “Ok..ok.. Aku bergurau.”
       Rizuan ketawa kesukaan. Seronok dapat mengenakan Dewi Karmila yang merona merah, masam mencuka kemudiannya.
       “Juan !
       “Aku gurau je Dewi. Jangan ambil hati.. Aku sedar siapa Aku ni. Orang macam Aku ni tak layak untuk Kau. Playboy KL.”
        Merajuk saja gayanya.... hilang rasa marah yang tadinya berbungkal di dada. Wajah jejaka di hadapan mata dikerling sekilas.. kesalkah si lelaki kerana berkata begitu padanya.
       “Kalau dah sedar diri tu playboy.. cubalah ubah sikap tu, barulah Kau boleh dapat perempuan yang terbaik untuk Kau.”
        Rizuan mencuka. Jahat sangatkah Dia ?
        “Kalau Aku berubah, Kau nakkan Aku ?”
        Dia pula yang terkena.. teruk betul lelaki yang sorang ni.
       “Dahlah.. malas Aku nak cakap, Kau belitkan Aku.”
      Terkekeh-kekeh Dia ketawa, wajah Dewi yang bercahaya sebentar tadi kembali cemberut dan Dia terus ketawa. Ah.. kalaulah Dewi sudi menerima dirinya, akan ditinggalkan tabiat lamanya. Hanya yang satu yang akan dikelek ke sana ke mari.. Dewi Karmila buah hatinya.
       “Jomlah.. perut dah kenyang. Aku nak balik.”
       “Belum bayar dah nak balik.”
       Bebel Rizuan sambil melambai ke arah seorang anak muda yang berdiri di hadapan kaunter.
       “Aku bayar.”
       “Aku yang bayar.”
       “Kan Aku janji nak belanja Kau malam ni.”
       “Kan Aku kata tak nak.... kalau Kau cium, Aku nak.”
       Dewi mendengus.. tak habis-habis dengan kenakalannya. Tidak sempat diletakkan wang kertas di dalam dulang yang dihulurkan, Rizuan yang mendahuluinya. Entah bila baru Dia dapat mengeluarkan duit sendiri apabila keluar bersama dengan Rizuan. Kalau orang lain mungkin tidak kisah tapi pada Dia..sekali-sekali biar Dia yang bayarkan, bukannya apa, bimbang pula nanti dianggap sengaja hendak mengambil kesempatan.
       “Hantar Aku ke office.”
       Dewi bersuara sebaik saja masuk ke dalam kereta.
      “Dah jam 11:00 malam Cik Adik oi. Dari sini ke office, setengah jam, balik ke rumah Kau setengah jam. Lewat sangat sampai rumah, pukul berapa Kau nak tidur.”
       “Aku dah biasa tidur lewat.”
       “Kau buat apa tidur lewat ?”
      “Apa-apa saja yang berfaedah.. membaca misalnya, bukan macam Kau berkepit dengan perempuan masuk keluar disco.”
       Rizuan tersengeh, Dia pula yang terkena kali ini.
       “Sekarang Aku ni nakal.. jahat tapi kalau Kau jadi girl friend Aku.. semua tu Aku tinggalkan.”
        Dewi mengetap bibirnya. Lagi-lagi perkara itu yang dijadikan bahan gurauan.
       “Juan ! Kau dah biasa hidup macam ni kan.. bukan senang nak berubah. Belum tentu kerana seorang perempuan kuno macam Aku ni Kau akan berubah.”
       Meletus tawa Rizuan sambil mengetuk stereng keretanya, lucu benar rasanya bila mendengar Dewi menyebut ayat perempuan kuno.
      “Kau tau tak.. kalau Kau kata Kau perempuan kuno. Kau tak pakai macam ni, tapi Kau pakai baju macam orang dulu-dulu, berkemban dengan kain batik separas dada, lepas tu sangkut selendang kat bahu.lagi seksi ooo..”
       Rizuan terus-terusan ketawa. Hilang kesabaran seorang gadis bernama Dewi Karmila.. pantas jejarinya singgah di pinggang Rizuan dek kerana rasa geram dan marah yang teramat, sejak tadi lelaki itu asyik mengenakannya.
        Bertambah besar tawa Rizuan sambil mengusap pinggangnya yang sedikit perit. Biar pun sakit, hati terasa bahagia.. kali pertama Dewi mencubit dirinya.
        “Kau ni teruk betul.” Marah Dewi sambil berpeluk tubuh. Malas hendak melayan si lelaki yang ketawa sejak tadi.
         “Sedap...”
         Dewi masih cemberut.
        “Sedapnya..”
        Berkerut wajah si gadis, dikerling ke arah Rizuan, hati tertanya-tanya, apa yang sedap.
        “Apa yang sedap ?”
       “Sedap.. kena cubit.”
       “Juan !”
        Kali ini telapak tangannya singgah di bahu lelaki itu, bukan sekali tapi berkali-kali. Geramnya.
       “Ok..ok.. sudah, sudah.. Aku tengah drive ni. Tak pasal-pasal dua-dua masuk hospital nanti. Kecoh satu office, Kau dan Aku accident dalam satu kereta.”
        Masih bersisa tawa si lelaki.
        “Kau yang cari pasal.”
        “Aku bergurau.. tapi Kau tak boleh terima gurauan Aku.”
        “Bergurau tak bertempat.”
        Rizuan mengulum senyum, terlebih ketawa nanti, dimarahi Dewi Karmila pula. Wajah si gadis masam mencuka namun hati rasa terhibur. Bersama Dewi Karmila Dia bebas mengusik.. rajuk Dewi mudah dipujuk, marah Dewi hanya seketika. Esok-esok eloklah Dia.. kalau tak esok, sebentar saja lagi hati pasti dilembutkan.
        “Aku hantar Kau balik ke rumah ya.”
        Dewi hanya mendiamkan diri.
        “Dewi Sayang......”
        Dewi menekup telinganya, tidak mahu mendengar kata-kata lelaki itu lagi. Mengadanya menjadi-jadi.
       “Yalah..yalah. hantar Aku balik. Boleh jadi gila Aku kalau dengan Kau ni.”
        Rizuan ketawa kesukaan, Dewi sudah berpaling ke arah luar. Marah benar gadis itu padanya.
        “Ok..ok.. Aku tak kacau Kau lagi. Aku hantar Kau balik ke rumah.”
        Dewi menyepikan diri.
        “Dewi !”
        Dewi diam tidak berkutik.
        Hanya keluhan yang dilepaskan, rajuk Dewi masih berpanjangan. Mulutnya mula bersiul.... entah apa-apa lagi yang disiulkan. Bosan bersiul sendiri, Dia menghidupkan suis radio... suara Syarifah Aini memecah kesunyian, mulutnya juga turun menyanyi.
        “Larilah... oh lari... Dewi ku lari gagah berani. Larilah...”
        Tersenyum-senyum Dewi mendengar suara sumbang si jejaka di sisi. Perkataan kuda yang disebut oleh biduanita Syarifah Aini ditukarkan dengan namanya. Ada-ada saja idea Rizuan, namun hati terasa terhibur... hilang rasa marah dan sakit hati kerana dipermainkan lelaki itu.
         “Kau marah Aku ?” Soalnya sebaik saja menyedari perubahan wajah Dewi, tenang dan bersahaja, tidak tegang seperti tadi.
         “Marah lagi tak ?” Sekali lagi Dia bertanya.
        “Suara Kau macam katak panggil hujan.” Komen Dewi sambil menjeling ke arah Rizuan.
         Lelaki itu tersenyum, menjadi juga idea spontannya untuk melembutkan hati Dewi Karmila. Keretanya diberhentikan di hadapan sebuah rumah teres setingkat, lampu di halaman terang-benderang.
        “Nak Aku tolong angkatkan barang Kau ?”
        Dewi menolak daun pintu.
        “Kalau rasa diri tu lelaki...silakan.”
        Rizuan tersenyum. Dewi mencari peluang untuk mengenakannya.
        “Tapi Aku tak dibenarkan masuk ke dalam rumah Kau.”
        Itu yang selalu ditekankan oleh Dewi, setiap kali Dia bertandang ke rumah itu, Dewi akan mengajak Dia keluar ke mana-mana. Tidak sopan seorang lelaki sepertinya masuk ke dalam rumah anak dara, berbual di luar juga tidak diizinkannya, tidak manis dipandang jiran tetangga. Banyak benar pantang-larang Dewi Karmila tapi semua itu untuk kebaikan mereka berdua.
       “Siapa suruh Kau masuk, letak saja kat depan pintu. Nanti Aku angkat.”
        Rizuan tersengeh. Diekori langkah Dewi sambil mengangkat vcd player di dalam kotak.
       “Letak kat situ saja Juan.”
       Seorang gadis keluar ke ruang tamu.
        “Hai Juan !”
        “Hai Midah.. lawa Kau hari ni ?”
        Hamidah ketawa.
        “Aku pakai baju tidur pun lawa.”
        “Dia puji.. ada maksud lain, Kau jangan salah sangka.” Dewi Karmila yang bersuara.
        “Kau ni.. tak ada kerja lain, asyik nak pandang serong kat Aku.”
        “Dah memang.. fikiran Kau ke lain.”
        Dewi mencemekkan mukanya.
       “Sampai hati Kau.. Aku dah tolong hantar sampai depan rumah pun Kau kutuk Aku lagi. Teruk betul kawan Kau ni Midah.”
        Hamidah hanya ketawa kecil sambil tergeleng-geleng. Ada-ada saja yang hendak digaduhkan oleh mereka berdua.
        “Kau orang tahu tak.. orang tua-tua kata, kalau lelaki dan perempuan suka sangat bergaduh.. jodoh mereka tu berat.”
         Rizuan ketawa kesukaan.
        “Betul tu Midah... Aku setuju.”
        “Mula dah.. jangan dilayan playboy ni Midah. Rosak Kau nanti. Jom..jom..”
        Ditarik lengan baju Rizuan dengan dua hujung jarinya. Lelaki itu masih ketawa, diikut juga langkah Dewi kembali ke keretanya.
        “Tak habis-habis dengan miang Dia.” Dewi membebel.
         “Macam Mak Nenek la Kau ni. Sebiji macam Nenek Aku.. kerjanya membebel 24 jam.”
        “Dah tu.. pergilah balik. Dah lewat.”
         Rizuan tersenyum.
         “Kalau Aku tak nak balik..”
        “Tidurlah dalam kereta Kau tu.”
        “Sampai hati Kau...”
        “Dah tu.. terima kasih sebab tolong Aku hari ni. Aku dah letih.. Aku nak berehat, nak tidur.”
        “Aku tidur dengan Kau boleh.”
        Bulat mata Dewi menjilat keseluruhan wajah lelaki di hadapannya yang tersenyum-senyum.
        “Gatal..” Pantas tangannya mengetip bahu lelaki itu.
        Terkekeh-kekeh Rizuan ketawa sambil mengusap bahunya. Pedih.
        “Aku ingatkan ketam berjalan dalam panggung saja.. kat sini pun ada ketam juga.”
        “Juan !” Sedikit menjerit Dewi dibuatnya.
       Lelaki itu ketawa kesukaan sambil memboloskan diri masuk ke dalam kereta sebelum jejari Dewi bergerak sekali lagi. Namun hati terasa bahagia.. biarlah Dia dicubit atau ditampar berkali-kali, Dia sangggup menerima.
        “Aku balik dulu.”
        “Drive carefully.”
        “Sayang juga Kau kat Aku.”
        “Hish.. pergilah balik. Menyampah Aku tengok muka Kau.”
       “Ok..ok...”
        Rizuan masih ketawa.
         “Good night Dewi. Malam nanti mimpikan Aku ya.”
        “Wek.... buang masa Aku.”
        “Assalamualaikum.”
        “Waalaikumussalam.”
        Kereta Honda prelude milik Rizuan bergerak perlahan, lelaki itu melambai ke arahnya. Tersenyum-senyum Dia sendiri tatkala hati teringatkan kemesraan yang wujud di antara mereka. Sakit hatinya diusik dan dikenakan Rizuan... tapi cuma seketika, lelaki itu bijak memujuk. Ada saja idea yang datang di kepalanya.

Dewi - 7

           SOFIAN menggepal tangannya, ikutkan hati mahu saja Dia menerpa ke arah pasangan itu. Alang-alang sudah berhadapan, akan dihadiahkan penumbuk sulongnya ke wajah lelaki itu. Patutlah Dewi asyik mengelak bila diajak keluar, rupanya lelaki ini yang punya angkara. Apakah Dewi sudah terpikat pada si lelaki playboy, buaya tembaga yang tidak pernah mengenal mangsa.

            Kemesraan yang menyakitkan mata, bahaginya Dewi tersenyum dan ketawa. Telefon bimbit dikeluarkan dari saku seluar, nama Dewi menjadi sasaran.
           “Assalamualaikum.”
           Masih terkawal kemarahan yang membusung di dada. Sakitnya hanya Allah yang tahu.
           “Waalaikumussalam. Hai Pian.”
           Terbang sedikit rasa sakit dan marah, lembut suara Dewi menyejukkan hatinya.
           “Hai.. Kau di mana ?”
           “Beli barang ?”
           “Sorang ?” Dia cuba menduga.
           “Dengan Juan.”
           Ah gadis... Kau begitu tulus, tiada niat hendak menipu tapi jawapan itu menyakitkan hati Ku. Menambahkan kemarahan yang sedia ada.
           “Beli apa ?”
           “Nak beli barang sikit, Aku balik kampung minggu ni.”
           “Dengan Juan.”
           Itu satu tuduhan yang melulu.. dek rasa sakit hati yang mencengkam di dada.
           Sepi.. di mana suara Mu wahai gadis.
           “Aku balik sorang.. buat apa nak bawa playboy ni.”
           Dewi ketawa.. suara si lelaki tetap singgah di telinga. Butir bicara tidak pula masuk ke telinga. Entah apa yang dibebelkan, mungkin tidak setuju dengan panggilan itu.
          “Dewi ! Happy Birthday.”
         “Thanks Pian.”
         “Esok Aku hantar hadiah untuk Kau. Ingat nak ajak keluar.. rupanya dah ada orang yang mendahului Aku.”
          Hampa.. itu yang Dia rasakan, bercampur dengan rasa sakit hati berbungkal geram.
         “Terima kasih Pian. Ok.. Aku dah nak bayar ni.”
         “Ok.. Assalamualaikum.”
         “Waalaikumussalam.”
         Talian diputuskan. Hati masih ditusuk sembilu, perlukah Dia berada di situ lebih lama lagi. Menyaksikan kemesraan yang menghiris hati sendiri.
         Tidak tahu hendak ke mana, nama Asyida dicari di dalam memori telefon bimbitnya. Mungkin gadis itu sudah melapangkan masa untuknya. Mendengar luahan dan kesakitan hatinya.. melihat kemesraan pasangan yang tidak menyedari pergerakan mereka menjadi perhatian.
        “Apa hal ni ? Tiba-tiba saja ajak Aku keluar ?” Soalan pertama sebaik saja menempatkan diri di dalam kereta. Daun pintu tertutup rapat.. berdetum juga bunyinya.
        “Sorry.”
        Asyida tersengeh.
        Sofian tersenyum.
        “Kau buat apa tadi ?”
        “Tak ada apa... cuma serve internet.”
        “Sorry. Aku mengganggu.”
        “Apa yang nak Kau cakapkan dengan Aku. Tergesa-gesa gayanya, cakap di telefon pun tak hendak. Penting sangat ke?”
        Sofian masih dengan senyumannya.
       “Kau dah makan ?”
       “Sudah.”
       “Kau ingat tak hari ni hari apa ?”
        Sepi seketika, otaknya ligat memikirkan jawapan untuk soalan yang diberikan.
        “15 April. Kenapa ?”
        “Kau tahu birthday siapa.”
        Terlopong mulutnya seketika, tapi segera ditekup dengan tangan kanannya. Bagaimana Dia boleh terlupa sedang kan sudah diingatkan diri sendiri beberapa kali. Birthday Dewi Karmila jangan sekali-kali dilupa.. panjang rajuk sahabat yang seorang itu nanti.
        “Macam mana Aku boleh lupa ni.”
        “Bukau Kau sorang, Aku pun hampir terlupa. Aku ingat nak ajak Kau orang berdua keluar malam ni, celebrate Birthday Dia.”
        “Hah.. Kau dah call Dia, sebelum jumput Aku.”
        Sofian menggeleng.
        “Nak buat apa, kerja sia-sia.”
        Berkerut wajah Asyida.. apa kena dengan Mamat sorang ni. Tadi beriya-iya, ini dikatakan kerja sia-sia.
        “Aku ternampak Dewi dengan orang lain.”
        Asyida tersenyum.. patutlah wajah jejaka di sebelahnya masam mencuka. Hati terluka rupa-rupanya.
        “Dewi dengan siapa ?”
        “Juan.”
         Bertambah lebar senyuman Asyida.. dengan si Playboy itu pun Sofian hendak cemburu. Sepuluh kali Dewi akan memilih Sofian jika dibandingkan dengan Rizuan. Setahunya mereka berdua cuma teman sekerja, Rizuan memang peramah dan mudah mesra. Sudah beberapa kali Dia terserempak dengan Rizuan yang bergandingan dengan gadis-gadis yang seksi, bertukar-tukar gadis. Masakan Dewi Karmila yang cantik dan bersopan itu hendak memilik si lelakai bermata keranjang itu.
        “Dengan playboy tu pun Kau cemburu.”
       “Sebab playboy Aku cemburu... takut pun ada,macam mana kalau Dia main-mainkan perasaan Dewi. Aku tak mahu Dewi terluka.”
        Asyida tersenyum dan menggeleng.
        “Mereka tu kan cuma kawan sekerja, lagi pun Aku tak rasa Dewi akan memilih Juan. Ramai lagi lelaki-lelaki baik yang wujud kat KL ni.”
        “Itu kata Kau.. tapi hati Aku rasa tak sedap. Dah dua kali Aku ternampak Dia orang berdua.”
        Asyida masih dengan senyumnya. Hati Sofian sarat dek rasa cemburu yang semakin membelit.
        “Takkan nak kaluar berdua pun salah. Lagi pun, Kau dengan Dewi kan masih kawan biasa.. belum declare sebagai pasangan kekasih.”
        “Itu yang buat Aku panas punggung.”
        Asyida ketawa, simpati pun terselit juga untuk sahabat yang dikenalinya ketika sama-sama menuntut di puast pengajian tinggi.
        “Kau nampak Dia orang di mana ?”
        “Makan nasi lemak kat Kampung Baru.. malam minggu pula tu.”
        “Oh.. Kau mengintip ya.”
        “Kebetulan... Razak dan kawan-kawan Kita yang lain ajak Aku makan di situ.”
        “Eh.. lepas pula si lelaki takut bini tu keluar malam minggu.”
        “Bini Dia kat kampung.. dah bersalin.”
         Asyida tergelak.
        “Patutlah terlepas.. jadi orang bujanglah sekarang ni. Habis Kau tegur Dia orang tak ?”
       “Tegur.. Aku duduk juga semeja dengan Dewi tapi bila Juan datang. Hati Aku jadi tak menentu.. malas Aku nak duduk lama-lama. Cabutlah.”
        Asyida menggeleng.
        “Dewi macam mana ?”
        “Dia... macam mana lagi, tak ada rasa bersalah... Dia berbual dengan Aku macam biasa.”
        “Itulah Aku cakap, Dia orang tu tak ada apa-apa. Kalau ada, sure Dewi rasa bersalah dengan Kau.”
         Hanya keluhan yang dilepaskan di bibir Sofian.
        “Kita nak ke mana ni ?”
        “Temankan Aku pergi makan.”
        “Aku dah makanlah.”
        “Temankan Aku.. bukannya suruh Kau makan.”
        “Susah betul dapat kawan angau macam ni... Kalau Kau tahu Dewi tak dapat terima Kau, kenapa tak cari saja yang lain. Kat office Kau tu tak kan tak ada yang berkenan.”
        “Setakat berkenan macam tu saja buat apa. Aku nak Dewi.. bukan sehari dua Aku kenal Dia. Hati budi Dia semua Aku dah tahu... Hati Aku dah tersangkut sejak kat Kampus lagi. Bukannya boleh dibuang macam tu saja.”
         Asyida mendengus.
        “Suka hati Kaulah... frust menonggeng nanti, jangan cari Aku.”
        “Dahlah.. Aku nak makan, tak payah cakap pasal tu lagi.”
        Tergeleng-geleng kepala Asyida, macam-macam hal dengan sahabat yang seorang ini. Kerana Dewi Karmila, hidup si lelaki jadi tak menentu.. kerana si Playboy Rizuan..hatinya jadi tak keruan, cemburu pada lelaki yang mendampingi si gadis idamannya.