Dewi - 10

         Rizuan atur langkahnya ke arah tempat yang agak sunyi, jauh dari kebisingan yang membingitkan telinga. Hati dipaut rasa rindu pada si gadis yang jauh dari mata.
         “Assa lamualaikum.”
         “Waalaikumussalam. Hey ! Juan.. apa hal ni, tiba-tiba call Aku, kau risau Trajet kau tu ye.”
         Ceria suara Dewi mencuit hatinya. Ah.. Dewi tidakkah kau tahu, hati lelaki ni diusik kerinduan.
         “Juan! kau dengar tak ?”
        “Dengar.. saja aku nak bagi peluang kau bercakap.”
         Tawa si gadis menerpa gegendang telinganya, lunak dan menyenangkan.
         “Kau kat mana ?”
         “KLCC... baru keluar panggung.”
         “Hmm.. awek mana pula yang kau usung hari ni. Seronoklah ya... ketam dapat berjalan.”
         Dewi ketawa lagi dan Rizuan hanya mampu tersenyum. Wajah kelat Halisa terbayang di mata.
         “Kau tahu aku jumpa siapa tadi ?”
         “Kau tak cakap, mana aku tahu. Tak kuasa aku nak jadi Pak Nujum.”
         “Aku jumpa Syida dan Pian, baru keluar panggung..”
         “Iya.. Alhamdulillah.”
          Hah.. tidak menjadi idea yang datang secara spontan itu, bukannya riaksi cemburu yang diterima tapi sebaliknya.
         “Aku memang suka kalau Syida pilih Pian, dia orang tu memang sepadan.”
         Ah.. Dewi, hati kau pada siapa sebenarnya, lelaki mana lagi yang memaut hati mu hingga kau menolak lelaki sekacak dan sebaik Sofian.
         “Siapa tu ?”
          Dia mendengar suara seorang lelaki di hujung talian.
          “Juan !”
          “Sampaikan salam aku kat dia.”
          “Dewi !” Hati dijentik rasa cemburu.. siapakah lelaki itu.
          “Sorry Juan..” Gadis itu masih ketawa.
          “Ada orang kirim salam pada kau.”
          “Siapa ?” Debar di dada semakin menyakitkan.
          “Nama dia Adiputra.. satu-satunya lelaki di dalam hidup aku.” Tawa si gadis terasa menyakitkan. Duummmm bagaikan detuman mercun yang meletupkan hatinya. Dewi sudah punya pilihan hati.. lelaki yang sebentar tadi tadi didengar suaranya. Adiputra itu namanya.
          “Juan ! Kau dengar tak.. kalau nak berangan janga call aku.”
         “Aku dengar ..” Dia kegugupan.
          “Hmm.. apa hal sebenarnya ni ?”
          Mahu saja dia menjerit... aku rindukan kau Dewi tapi kau lukakan hati aku. Di sana, kau bersuka ria dengan lelaki lain, di sini aku keresahan merindui diri kau.
         “Aku.. aku...”
         “Apa ni.. cakap jelah.”
         “Kau di mana ni ?”
         “Berkelah dengan family aku.. kau dengar tak bunyi tu.”
          Dia memasang telinga. Ombak... apakah Dewi berada di tepi pantai bersama keluarganya.
          “Kau di tepi pantai.”
           “Hmm... thanks Juan. Kalau kau tak pinjamkan Trajet tu, tak dapatlah aku keluar dengan keluarga aku macam ni. Adi tu payah sikit.... kalau dengan kancil aku, tak boleh bawa dia.”
           Siapa Adiputra sebenarnya ? Kenapa pula Dewi memerlukan kereta yang besar untuk Adiputra. Apakah yang diinginkan oleh lelaki itu dari Dewi Karmila.. kemewahan ? Kesenangan ?
          “Juan ! Kau ni tak ada kerja lain, asyik berangan.”
           “Aku ada kat sini.. bila kau balik ?”
           “Baru satu hari aku kat sini.. kau dah tanya bila nak balik. Apa punya kawan.. bagilah masa aku enjoy dengan family aku. Adi ni... bila aku balik, baru dia nampak dunia luar.”
            Siapa Adiputra dalam hidup Dewi ? Soalan itu juga yang mengganggu benaknya. Kenapa Dewi begitu mengambil berat tentang Adiputra. Tawa si gadis kembali bergema.. tawa dek kerana kata-kata si lelaki di seberang sana tapi telingnya gagal menangkap apakah yang disebut oleh lelaki itu.
            “Ok.. Juan. Adi ni pantang tengok aku bergayut kat phone.. kalau tak kacau tak sah. Kau jangan risau.. Trajet kau sihat walafiat.. dua hari lagi aku balik. Kancil aku tu jaga elok-elok tau. Juan ! Kau dengar tak ?”
            “Dengar.”
           “Apasal kau ni macam tak ada mood je.”
           Benar Dewi.. kegembiraan aku sudah dibawa terbang oleh suara si lelaki yang bersama dengan mu.
          “Ok... Juan. Assalamulaikum.”
          “Waalaikumussalam.”
           Dia kehampaan. Benar-benar hampa.. rindunya melaut untuk si gadis seberang di sana , jauh di di utara tanah air, si gadis sedang bergembira bersama keluarganya dan lelaki bernama Adi. Siapa Adiputra. Lagi-lagi persoalan itu juga yang mengganggu fikirannya.