Dewi - 9

         BOSAN terperap di rumah, Dia menerima pelawaan Halisa untuk menonton dengan hati separuh terbuka. Separuhnya lagi sudah dibawa terbang oleh Dewi Karmila pulang ke kampungnya. Ikutkan hati mahu saja Dia mengikut sama tapi gadis itu tetap tidak mengizinkannya. Siapalah Dia yang hendak memaksa, lainlah jika hati si gadis sudah berjaya ditawan sepenuhnya. Inikah penuh.. suku pun belum tentu adanya. Gadis itu tampak manja dan mesra tapi cukup sukar didekati. Jinaknya jinak merpati.. dari jauh tersenyum seolah-olah menyerah diri, bila mendekat.. terus Dia lari, terbang membawa diri.
        “Betul ke ni.. Aku risau nak lepaskan Kau balik seorang.”
        “Kenapa pula tak percayakan Aku. Selama ni Aku balik dengan Kancil Aku saja tau. Selamat pergi dan selamat Aku balik.”
        “Itu dulu.. tapi hari ni Aku rasa tak sedap hati.”
        “Kenapa ? Sebab Aku bawa Trajet kawan Kau ni.”
        “Bukan macam tu...”
        “Tak apalah, ambil balik Trajet ni, Aku bawa kancil Aku saja.”
        “Dewi! Kau ni teruk betul.. kuat merajuk, cakap macam tu pun dah merajuk. Buruk tau.. orang tua merajuk.”
        “Dewi mencebek...”
        “Hah.. buat macam tu pula, lagi buruk. Hilang kecantikan Kau.”
        Dewi masih memasamkan muka.
        “Ok.. ok.. Kau bawa Trajet tu, hati-hati.. Aku ni cuma risau, gear dekat atas, bukan kat tepi.. jangan nanti Kau teraba-raba bila nak cari gear. Hand brek tekan dengan kaki, bukan angkat dengan tangan.”
        “Yalah...yalah.. masuk kali ni dah dekat sepuluh kali Kau pesan dengan Aku.. takkan Kau tak percaya dengan Aku. Tadi pun Kau dah tengok Aku drive kan... tak percaya lagi.”
        “Bukan tak percaya... tapi Aku risau.”
        “Jangan fikirkan yang bukan-bukan Juan. Kalau Kau tak confident dengan Aku.. Aku pun rasa tak sedap hati.”
        “Hmm.. sebab tulah Aku kata, benarkan Aku ikut.”
        “Patutlah... beriya-iya bukak cerita, rupanya ada udang sebalik mee.”
        Rizuan tersengeh.
        “Dahlah.. Aku nak jalan ni.”
        “Dewi ! Betul Kau boleh drive ni ?”
        Dewi jegilkan matanya.
        “Betul...... Aku confident, dah, jangan buat hati Aku jadi tak betul.”
        “Dewi! Kirim salam dengan family Kau.”
        “Insyaallah.. sorry ya, Kau kena drive kancil Aku hari ni. Jaga elok-elok tau, nyawa Aku tu... hilang kereta tu, patah kaki Aku.”
        Rizuan tersenyum.
        “Yalah Sayang.”
        Bulat mata Dewi merenung wajah Rizuan, lelaki masih dengan sengihannya.
        “Tak habis-habis nak main-mainkan Aku. Ok.. Aku jalan dulu, Assalamualaikum.”
        “Waalaikumussalam.”
         Matanya dipejamkan, andai Dewi menukar fikirannya dan membenarkan Dia mengikut sama, Dialah manusia yang paling gembira.
        “Juan ! You ni tengok wayang ke, berangan.”
        Lengannya dicuit si gadis di sisi, pantas Dia menoleh.. Ah.. Dia bersama Halisa dan bukannya Dewi Karmila. Sejak masuk ke dalam panggung itu tadi, ingatannya hanya pada si gadis yang jauh dari mata. Alangkah indahnya andai gadis yang berada di sisinya itu Dewi Karmila.
        Filem yang ditayangkan sudah berakhir.. namun Rizuan masih tersandar pada kerusi yang sama. Filem yang ditonton langsung tidak difahami jalan ceritanya, fikirannya terpusat pada Dewi yang entah di mana-mana.
       “Hey ! Tak nak keluar ke ?”
       “Dah habis.”
        Halisa merengus.
        “Tak habis-habis berangan.”
        Rizuan tersengeh, diekori langkah si gadis yang sudah mendahuluinya.
        “Hey! Juan !”
        Pantas Dia menoleh, namanya dipanggil seseorang.
        “Syida ! Hey.. Kau pun ada.”
         Kedua-dua tangan bertaut.
         “Girl friend ?” Asyida meneka, gadis di sisi lelaki itu kelihatan cantik dan menarik. Citarasa Rizuan bukan sembarangan, sesuai dengan dirinya juga.
         “Halisa !”
          Dikenalkan Halisa pada Asyida dan Sofian yang hanya tersenyum sejak tadi.”
          “Hmm.. You all berdua menonton juga.”
          “Sesekali.. si Pian ni, Dewi tak ada.. Dia pun jadi tak tentu hala. Aku pun boring duduk kat rumah... dah orang ajak, orang nak belanja, iku sajalah.”
          Sofian tersengeh.
          “Ok.. we all pergi dulu.” Sofian yang hanya mendiamkan diri sejak tadi membuka mulut. Lemas jadinya bila berhadapan dengan Rizuan yang menjadi saingannya untuk mendapatkan Dewi Karmila. Ada waktunya Dia merasa Rizuan yang menjadi penghalang tapi saat ini, tatkala bertemu Rizuan bersama seorang gadis bernama Halisa itu, hati sedikit berbunga. Masakan Dewi terpikat pada si lelaki mata keranjang itu.. tapi apa pula alasan untuk Dewi menolak cintanya. Bukan sehari Dia mengenali Dewi Karmila... sudah bertahun namun si gadis tetap enggang menerima cintanya.
          “Ok.. Pian, see You next time.”
          Kedua tangan bertaut sekali lagi. Halisa dan Asyida juga berjabat tangan.
          “Siapa tadi tu ?” Soal Halisa sebaik saja Asyida dan Sofian hilang dari pandangan mata.
          “Kawan office mate I.”
          “Kawan office mate You... tapi mesra semacam je.” Hati dicuit curiga.
          “Salah ke... I pernah keluar dengan mereka berdua, bila I keluar dengan office mate I tu.”
          “Office mate! Lelaki or perempuan.”
          Rizuan menggeleng perlahan.. apa perlunya Halisa mempersoalkan siapa office mate yang dimaksudkan. Tidak ada bezanya samaada orang yang dimaksudkan itu lelaki atau perempuan.
          “You belum jawab soalan I.”
           Rizuan merengus kasar. Apa hak Halisa hendak mengambil tahu tentang hal-hal peribadinya.
          “Perempuan.”
          “Hmm.. patutlah I tengok muka You dah lain macam. Takutlah tu.. takut pecah tembelang.” Tuduh Halisa tanpa memikirkan perasaan lelaki di hadapannya.
          “Dah tu... Lisa, kalau You rasa tak senang dengan I, tak suka cara I, Kita tak perlu keluar lagi.. You pun cuma kawan I. I tak suka You ambil tahu hal-hal peribadi I.”
           Rizuan sudah bersedia untuk beredar.. apa gunanya Dia menunggu dia situ, gadid di hadapannya cuma seorang kawan biasa, tidak lebih dari itu.
          “Juan ! I...” Ada kesal datang bertandang.
           “Sorry Lissa. I chow dulu.”
           Dikotakan kata-katanya. Gadis itu ditinggalkan tanpa menoleh walaupun sekali. Namanya dipanggil namun Dia tidak peduli, di hatinya cuma ada satu nama.. bukan Halisa... bukan Azmira atau Noranis tapi.. Dewi Karmila. Apa agaknya yang sedang dibuat oleh si gadis.